Page 16 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 16

amirul firdaus
                                                    amirul firdaus


                       Selain itu, nilai bacaan COD pula mestilah berada pada tahap melebihi nilai piawaian air
               bersih bagi parameter COD, iaitu 10 mg/L (JAS, 2008). Untuk bacaan COD, bacaan bagi air

               telaga adalah 10 mg/L diikuti air sungai 15 mg/L dan air longkang 25 mg/L. Kenaikan nilai COD
               tersebut akan merosakkan kualiti air dan kenaikan ini boleh dikaitkan dengan pembuangan sisa
               kimia dan kotoran daripada aktiviti manusia di kawasan berdekatan. Oleh itu, jika aktiviti tersebut

               tidak  dikawal  dan  tidak  teratur,  maka  hal  tersebut  boleh  menyebabkan  pencemaran.  Hal  ini
               menunjukkan bahawa semakin bertambah nilai bacaan COD maka semakin kurang berkualiti air.




                       Di samping itu, nilai DO yang normal pula perlu berada pada tahap 7 mg/L dan ke atas

               (JAS,2008), namun keputusan analisis dan pengiraan tersebut menunjukkan hanya air telaga
               yang melampaui 7 mg/L iaitu 7.12 mg/L berbanding air sungai yang mempunyai bacaan DO 5.58
               mg/L  manakala  air  longkang  pula  menunjukkan  bacaan  sebanyak  3.91  mg/L.  Perkara  ini

               membuktikan berlakunya kemerosotan kualiti air atau dikategorikan sebagai sederhana tercemar.
               Hal ini terjadi disebabkan oleh aktiviti pelepasan sisa buangan ini berterusan tanpa kawalan, serta

               aktiviti  domestik  manusia.  Pencemaran  yang  berlaku  ini  dapat  menjejaskan  kualiti  hidupan
               akuatik disebabkan kadar oksigen terlarut yang terdapat di dalam air adalah sangat rendah dan
               boleh membawa kepada kematian. Oleh itu kawalan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.




               KESIMPULAN


               Kualiti dan kebersihan air dapat dinilai daripada nilai BOD, COD, DO, rasa, kekeruhan, nilai pH,
               bau, warna dan suhu. Air longkang mempunyai kualiti air yang sangat rendah diikuti air sungai

               dan air telaga. Hal ini kerana air longkang mempunyai rasa yang agak payau, kekeruhan yang
               tinggi, nilai pH yang rendah iaitu 4, bau yang agak masam, warna yang agak kelabu dan suhu
               yang rendah dibandingkan sampel air lain. Seterusnya melalui ujian makmal bagi air juga, kita

               dapat  menyimpulkan  bahawa  semakin  tinggi  nilai  BOD  dan  COD  maka  semakin  tinggi
               pencemaran manakala bagi ujian DO pula kita dapat menyimpulkan bahawa semakin rendah nilai
               DO maka pencemaran adalah tinggi kerana nilai oksigen dalam air rendah. Hipotesis diterima.
   11   12   13   14   15   16   17   18