Page 14 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 14
amirul firdaus
amirul firdaus
Rajah 5.0 : Air telaga
Air telaga adalah sumber mata air yang terhasil daripada air bawah tanah. Air tersebut
sering digunakan di kawasan kampung. Berdasarkan kajian yang dilakukan, sampel air yang
diambil daripada sumber air telaga menunjukkan hasil yang paling bersih diantara ketiga-tiga
sampel air yang telah digunakan. Warna bagi sampel air adalah jernih menunjukkan ketiadaan
bendasing dan kotoran. Selain itu, air tersebut juga tidak berbau menandakan mikroorganisma
yang hadir adalah kurang. Nilai pH bagi air tersebut adalah “6.8” iaitu pada tahap neutral dan air
tersebut tidak mempunyai rasa. Suhu bagi air telaga tersebut adalah 28 C dan ia dapat
o
memperlahankan aktiviti mikroorganisma. Oleh itu, air telaga menunjukkan tahap kebersihan
yang tinggi dan sesuai untuk digunakan sebagai aktiviti domestik selain menjadi sumber diminum
kerana berada pada piawai yang ditetapkan. Namun begitu, air tersebut masih perlu direbus
sebelum diminum bagi membunuh mikroorganisma yang terdapat dalam sumber air tersebut.
Ujian Keputusan
2 jam 4 jam 5 jam
BOD jumlah jam / (mg/L)
5 mg/L 3 mg/L 1.8 mg/L
COD (mg/L) 25 mg/L 15 mg/L 10 mg/L
DO (mg/L) 3.91 mg/L 5.58 mg/L 7.12 mg/L
Jadual 5 : Ujian Sifat Kimia Air (BOD, COD, DO)