Page 12 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 12
amirul firdaus
amirul firdaus
Selain daripada faktor fizikal, faktor kimia juga seringkali digunakan untuk mengukur kualiti
air. Parameter kimia yang digunakan untuk mengukur kualiti air adalah nilai pH (potential/power
of hydrogen). Nilai pH digunakan untuk menentukan kadar asid atau alkali dalam suatu air.
Kebanyakan organisma akuatik hanya dapat bertahan dalam lingkungan pH 6 hingga 8.
Kepekatan ion hidrogen di dalam air bersih yang neutral adalah 10 g/l. Julat pH adalah antara
-7
skala 0 hingga 14. Berikut adalah contoh klasifikasi bagi nilai pH :
Julat pH Keadaan
pH = 7 menunjukkan keadaan neutral
0<pH<7 menunjukkan keadaan berasid
7<pH<14 menunjukkan keadaan bes (alkali)
Jadual 4 : Nilai pH
Air minuman yang paling baik adalah bersifat neutral dan tidak bersifat asid atau alkali.
Keneutralan air amat penting untuk mencegah pelarutan bahan berbahaya seperti logam berat
dan sebagainya yang dapat membahayakan kesihatan. Nilai pH piawai untuk air minuman pula
adalah pada julat 6.5 hingga 8.5 sahaja. Pengukuran pH penting untuk mengetahui keadaan
larutan dan kecenderungan tindak balas kimia yang terjadi antara air dan bahan terlarut yang
tercemar sama ada terdapat bahan kimia atau toksik di dalam sumber air tersebut.
Seterusnya amali ujian air yang telah dijalankan ini dapat mengenal pasti tahap
kebersihan dan kualiti air. Kualiti air ini dapat dianalisis berpandukan sifat fizikal air tersebut dari
segi perubahan bau, rasa, warna, kekeruhan, dan suhu serta sifat kimia seperti nilai pH air. Amali
yang telah dijalankan menggunakan tiga sampel air daripada sumber yang berbeza iaitu air
longkang, air sungai dan juga air telaga. Berdasarkan dapatan dan data dan pemerhatian yang
telah di buat ialah sumber air longkang adalah yang paling tercemar berbanding sumber air
sungai dan air telaga. Air longkang yang dikaji mempunyai warna kelabu yang menunjukkan
kemungkinan terdapat bahan-bahan sisa kimia seperti Oksida mangan dan mikroorganisma
berwarna dalam air seperti streptomyces sp. Selain itu, tahap kekeruhan air pula adalah sangat
keruh Hal ini dapat mengganggu respirasi organisma akuatik untuk mendapat oksigen.