Page 15 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 15

amirul firdaus
                                                    amirul firdaus


                       Seterusnya,  selain  nilai  Ph,  sifat  kimia  yang  lain  bagi  ketiga-tiga  sampel  air  tersebut
               seperti BOD, COD, dan DO turut dikaji. Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) merupakan ukuran

               kuantiti oksigen yang diperlukan mikro organisma untuk mengoksidakan bahan organik dalam
               keadaan  berudara.  Ujian  parameter  BOD  dijalankan  untuk  mengetahui  kuantiti  oksigen  yang
               digunakan  semasa  tindak  balas  penguraian  bahan  organik  yang  berlaku  secara  semula  jadi.

               Parameter Permintaan Oksigen Kimia (COD) pula kebiasaannya digunakan untuk menyukat air
               yang tercemar oleh bahan kimia hasil daripada aktiviti manusia, dan ia boleh ditakrifkan sebagai

               jumlah  oksigen  yang  diperlukan  bagi  pengoksidaan  sesuatu  bahan  sebatian  manakala  ujian
               Oksigen  Terlarut  (DO)  pula  merupakan  salah  satu  parameter  kualiti  air  yang  menunjukkan
               tentang  tahap  Oksigen  Terlarut  dalam  air  apabila  bersentuhan  dengan  udara  di  atmosfera.

               Kuantiti Oksigen Terlarut bergantung kepada tekanan udara, suhu dan kandungan garam terlarut.



                       Ujian pengesanan nilai BOD dilakukan dengan penggunaan larutan metilena biru dalam
               sampel  serta  tempoh  masa  yang  diperlukan  bagi  sampel  melunturkan  larutan.  Air  longkang

               melunturkan warna larutan metilena biru dengan cepat (2 jam) diikuti air sungai (4 jam) dan air
               telaga (5 jam). Hal ini menunjukkan air longkang adalah mempunyai nilai BOD yang paling tinggi.
               Maka air longkang adalah yang paling tercemar diikuti air sungai dan air telaga. Hal Ini juga turut

               menjelaskan bahawa jika nilai BOD semakin tinggi, maka pencemaran bagi sampel air juga tinggi
               diikuti dengan tempoh pelunturan bagi larutan metilena biru juga semakin cepat.



                       Seterusnya, air telaga memiliki nilai 1.8 mg/L berdasarkan pengiraan nilai BOD manakala

               air sungai pula 3 mg/L dan air longkang 5 mg/L. Merujuk kepada JAS (2008), tahap pengukuran
               nilai BOD air sungai yang bersih adalah sepatutnya berada pada nilai kurang daripada 1 mg/L.
               Mengikut data pengiraan yang diperolehi, nilai BOD air telaga menunjukkan kualiti air yang bersih

               manakala air sungai di peringkat kedua dan air longkang yang terakhir. Semakin tinggi nilai BOD,
               maka semakin berkurang kualiti air. Antara punca pencemaran air sungai dan longkang berlaku

               adalah disebabkan aktiviti manusia domestik manusia seperti sisa air basuhan, sisa pembinaan
               dan sisa kumbahan daripada sampah sarap serta perbuatan membuang sampah merata-rata
   10   11   12   13   14   15   16   17   18