Page 13 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 13
amirul firdaus
amirul firdaus
Selain itu, sampel air longkang yang telah dikaji juga menghasilkan bau masam yang kuat.
Hal ini menunjukkan sumber tersebut adalah kotor dan mungkin menyebabkan keberadaan
makroorganisma serta mikroorganisma di kawasan tersebut. Di samping itu, pH sampel air
tersebut adalah pada skala “4“ berdasarkan skala pH. Sampel tersebut mungkin menghasilkan
rasa yang sangat payau atau sedikit masam disebabkan tahap keasidan sampel. Sampel air yang
menghasilkan rasa adalah disebabkan kehadiran zat atau bahan terlarut. Hal ini boleh
membahayakan kesihatan sekiranya sumber tersebut tidak diketahui. Di samping itu, suhu bagi
o
sampel air tersebut adalah 35 C. Ujian suhu dapat menentukan kadar tindak balas biokimia dalam
persekitaran akuatik. Suhu tersebut juga sesuai untuk pembiakan dan aktiviti mikroorganisma.
Rajah 4.0 : Air Sungai
Seterusnya, sampel air yang diambil daripada air sungai lebih bersih. Sampel air adalah
berwarna kuning atau perang yang menunjukkan kehadiran bahan-bahan organik seperti tannin,
asid humus atau pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti domestik manusia yang tinggal di
kawasan yang berhampiran. Bau air tersebut adalah hamis disebabkan kotoran yang terdapat di
dalam sungai tersebut. Selain itu, tahap kekeruhan air pula adalah sederhana keruh. Hal ini dapat
mengganggu respirasi organisma akuatik untuk mendapatkan oksigen. Selain itu, sukatan pH
bagi sampel air sungai adalah “5” dan mungkin menghasilkan rasa payau. Suhu bagi sampel
tersebut adalah 32 C. Mikroorganisma dapat membiak dengan baik dalam habitat tersebut. Oleh
o
itu, air tersebut tidak boleh dijadikan air minuman kerana berada di bawah piawai air bersih. Maka,
proses rawatan air perlu dilaksanakan sebelum dialirkan bagi kegunaan domestik manusia.