Page 9 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 9
amirul firdaus
amirul firdaus
Rajah 2.0 : Pencemaran Sungai
Antara fenomena alam yang dapat menyebabkan pencemaran air adalah seperti letusan
gunung berapi, tanah runtuh, gempa bumi, ribut taufan, tsunami dan banjir. Sebagai contoh,
pelbagai barangan yang bersifat terapung seperti plastik akan dihanyutkan serta terdampar dan
berserakan di tanah malah akan mengalir dan terapung melalui arus sungai atau laut apabila air
banjir telah surut. Hal ini akan menyebabkan pencemaran kualiti air di sekitar kawasan tersebut.
Selain itu, pencemaran aktiviti manusia pula adalah berpunca daripada aktiviti perkilangan,
kegiatan domestik, dan pertanian secara tidak mesra alam. Pelepasan sisa toksik berbentuk
cecair, gas, dan pepejal akan mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik selain Sisa organik
daripada sistem kumbahan juga menyebabkan peningkatan keperluan oksigen biokimia (BOD)
dalam air. Peningkatan aras BOD bermaksud kandungan oksigen terlarut dalam air berada pada
paras rendah daripada aras normal sehingga mengganggu keperluan respirasi hidupan akuatik.