Page 11 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 11

amirul firdaus
                                                    amirul firdaus


                       Seterusnya,  sumber  air  yang  bersih  adalah  tidak  berwarna.  Hal  ini  kerana  air  yang
               berwarna menunjukkan kemungkinan terdapat bahan-bahan atau sisa kimia dan mikroorganisma

               berwarna  dalam  air seperti  streptomyces  sp.  Faktor  tersebut  akan menghalang  penembusan
               cahaya  matahari  untuk  menembusi  ke  dalam  air.  Dan  mengganggu  proses  fotosintesis  bagi
               tumbuhan akuatik. Jadual 1 menunjukkan ramalan kandungan air yang memiliki warna berbeza:





                           Warna                                        Kandungan



                         Kemerahan                                      Oksida besi




                 Keperangan atau kehitaman                            Oksida mangan




                          Kehijauan                                  Kalsium karbonat



                                                  Bahan-bahan organik (tannin, lignin, asid humus daripada
                         Keperangan
                                                                   pereputan tumbuhan)



                                            Jadual 3 : Warna Air dan Kandungan



                       Air minum atau air bersih kebiasaannya tidak mempunyai rasa. Air yang memiliki rasa
               menunjukkan kehadiran zat atau bahan terlarut yang boleh membahayakan kesihatan jika tidak

               diketahui  sumbernya.  Selain  itu,  ujian  suhu  turut  membantu  dalam  menentukan  kadar  tindak
               balas biokimia dalam persekitaran akuatik. Jika suhu air terlalu tinggi, maka perkara ini dapat

               mengehadkan  keupayaan  air  untuk  memerangkap  oksigen  dan  mengurangkan  kapasiti
               organisma  untuk  menentang  pencemaran  tertentu.  Oleh  itu,  suhu  yang  tinggi  akan
               mengakibatkan kurang oksigen dan juga kurang keberadaan organisma dalam air. Seterusnya,

               Kekeruhan pula adalah suatu proses mengukur jumlah bahan terampai di dalam air. Jika tahap
               kekeruhan air tinggi, maka proses fotosintesis tumbuhan akuatik akan terjejas kerana cahaya

               matahari tidak dapat menembusi air. Oleh itu, kepekatan karbon dioksida di dalam air akan tinggi
               kerana tidak ditukarkan kepada oksigen selain mengganggu respirasi organisma akuatik lain.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16