Page 10 - AMALI 3(BIO)_Neat
P. 10
amirul firdaus
amirul firdaus
Bagi menentukan Kualiti air ini dan tahap kebersihan air, ujian air dan analisis perlu
dilakukan berpandukan sifat fizikal air dari segi perubahan bau, rasa, warna, kekeruhan, dan suhu
serta sifat kimia seperti nilai pH air. Air yang berbau busuk tidak disukai oleh manusia serta
merbahaya kepada flora dan fauna. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut
akta [128] diketahui bahawa syarat air minum yang dapat dan sesuai digunakan manusia adalah
mematuhi standard yang dinyatakan dalam peraturan pada mana-mana tahap dalam sistem air
minum selepas proses rawatan, proses pengeluaran atau pada mana-mana tahap penggunaan
(tidak berbau). Kehadiran bau air merupakan satu indikator terhadap kualiti air di mana bau busuk
disebabkan oleh kehadiran kotoran dalam air selain air yang berbau hamis dan hanyir
menandakan kehadiran makroorganisma dan mikroorganisma di kawasan tersebut.
Rajah 3.0 : Pencemaran Saliran Air Longkang