Page 63 - BCD ANDROID
P. 63

Banjir  adalah  bencana  alam  yang  boleh  mengakibatkan  kehilangan  nyawa  manusia  dan  kerosakan  harta  benda.
               Sistem penggera atau amaran banjir boleh memberi amaran awal kepada manusia. Ini amat penting pada sekarang
               terutamanya  jika  berlaku  hujan  lebat  yang  menyebabkan  berlaku  banjir  kilat  dan  seterusnya  boleh  mengelakkan
               daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Inovasi ini bertujuan untuk membina satu sistem penggera banjir.
               (Flood  Alarm  System-Domestic@FASD)  untuk  sekitar  kawasan  perumahan  dan  rendah.  FASD  beroperasi
               menggunakan  tenaga  elektrik,  di  mana  litar  pengesan  banjir  dan  unit  pengesan  akan  menghantar  isyarat
               menggunakan batu ladung yang dipasang pada hujung paip PVC. Penggera dipasang pada tahap banjir berjaga-
               jaga. Dalam reka bentuk ini, batu ladung digunakan sebagai pengesan (suis). Lampu berwarna merah digunakan
               sebagai lampu amaran untuk berjaga-jaga. Paip PVC digunakan untuk memegang ketiga-tiga batu ladung. Selain
               dari itu reka bentuk ini juga menggunakan peralatan ‘Water Float Less’ sebagai salah satu penggerak utama kepada
               FAS  (D).  Ianya  direka  bentuk  menggunakan  alatan  dan  bahan  yang  mudah  dan  merangkumi  litar  ringkas.  Reka
               bentuk ini boleh atau mampu membantu pengguna menghadapi ancaman banjir kita. Selain itu, kosnya yang mampu
               milik, mudah alih dan ringan. FAS(D) juga mampu difahami dan mesra pengguna.


               KD14

                TEKNIK LAKARAN KOMIK DIGITAL BERWARNA: KAEDAH MENGINGATI FAKTA SEJARAH PELAJAR 2 SVM
                                                           2 KRG

                                                      1
                            MASHITAH BINTI ABU BAKAR , SITI SORHANA HARIZA BINTI MAHARIEZAILE   2
                                                  Kolej Vokasional Balik Pulau
                                                 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
                                                     abizan@edidik.edu.my

               Kebanyakan  pelajar  beranggapan  subjek  Sejarah  agak  membosankan  disebabkan  perlu  mengingati  fakta  yang
               terlalu banyak. Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam Subjek Sejarah
               melalui aplikasi Lakaran Komik Digital Berwarna. Ia merupakan satu alternatif lain kepada guru untuk menarik minat
               pelajar  untuk  mempelajari  subjek  Sejarah.  Teknik  Lakaran  Komik  Digital  Berwarna  ini  merupakan  satu  teknik
               penyelesaian kepada pelajar yang menghadapi masalah untuk mengingat fakta Sejarah sekaligus memperlihatkan
               prestasi  yang memberangsangkan  dalam peperiksaan  dalaman mahupun  luaran.  Ujian  Pra menunjukkan  bahawa
               kesemua  pelajar  hanya  dapat  menjawab  sekurang-kurangnya  4  soalan  dengan  betul  daripada  10  soalan  yang
               ditanya. Atas kesedaran ini, satu kaedah mengajar menggunakan teknik Lakaran Komik Digital Berwarna digunakan
               untuk membantu  pelajar mengingati fakta  Sejarah.  Peralatan  yang digunakan  untuk menyediakan  Lakaran  Komik
               Digital Berwarna iaitu hanya perlu memuat turunkan aplikasi daripada playstore yang terdapat dalam telefon pintar
               dengan menulis fakta-fakta dari topik yang dipelajari. Lakaran Komik Digital Berwarna Sejarah dicipta daripada ilham
               seni pelajar. Maklumat dan fakta diterjemahkan menjadi gambar dan dialog. Ia tidak memerlukan masa yang lama
               tetapi memerlukan ’mood’. Pembelajaran Lakaran Komik Digital Berwarna satu daripada pedagogi dalam P&P
               yang mampu memenuhi gaya pembelajaran pelajar-pelajar melalui pembelajaran masa kini dan bersifat santai. Hasil
               dapatan  menunjukkan  bahawa  sebanyak  90%  pelajar  berjaya  menjawab  dengan  baik  soalan  latihan  yang  diberi
               selepas  menggunakan  Lakaran  Komik  Digital  Berwarna  ini.  Pelajar  dapat  menulis  jawapan  fakta  Sejarah  yang
               ditanya dengan baik. Teknik ini juga boleh diaplikasi ke dalam subjek lain. Bahan ini amat bermanfaat sebagai bahan
               bantu mengajar guru dan pelajar ke arah meningkatkan prestasi pelajar.
               Kata Kunci : Lakaran Komik Berwarna: Mengingati Fakta Sejarah

               KD15
                                                         STEM VIBEs

                                                                            2
                                                          1
                                  CHARIYA A/P NAI NARONG , CHONG WAN YING , LEE HOR YAN   3
                                  SMJK Ave Maria Convent, Jalan Chung Thye Phin,30250 Ipoh, Perak
                                                    komathy2112@gmail.com
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67