Page 2 - buku1
P. 2

UNDANG-UNDANG KONTRAK




                   1.1    TAKRIF KONTRAK

                   Definisi kontrak dari sudut undang-undang mengikut seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950
                   mentafsirkan kontrak sebagai :

                          2(h)   sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

                   Bukan semua perjanjian boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Misalnya perjanjian
                   yang  tidak  diniatkan  mengikat  di  sisi  undang-undang  iaitu  perjanjian  yang  berbentuk
                   kekeluargaan  atau  perjanjian  yang  menyalahi  undang-undang.  Seksyen  2(g)  ada
                   menyebut tentang hal ini iaitu :

                          2(g)   sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
                                 adalah batal.

                   Seksyen 10 (1) Akta Kontrak ada menyebut tentang perjanjian yang merupakan kontrak :

                          10(1)  semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-
                                 pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan
                                 dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di
                                 bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.


                   1.2    JENIS-JENIS KONTRAK

                       a)     Kontrak bilateral iaitu kontrak dibuat di antara dua atau lebih pihak di mana
                              pihaknya telah dikenal pasti dan dapat ditentukan.

                       b)     Kontrak unilateral iaitu kontrak dibuat oleh satu pihak kepada pihak umum di
                              mana pihak yang satu lagi belum dikenal pasti. Contoh, iklan di dalam surat
                              khabat yang ditujukan kepada pihak umum.


                   1.3    BENTUK-BENTUK KONTRAK

                   Kontrak boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Kontrak secara lisan adalah kontrak yang
                   dibuat melalui kata-kata atau perbuatan pihak-pihak yang terlibat. Kontrak secara lisan
                   sukar dibuktikan sekiranya berlaku kemungkiran atau pecah kontrak manakala kontrak




                                                                                                        1
   1   2   3   4   5   6   7