Page 3 - buku1
P. 3
secara bertulis memudahkan pihak-pihak yang terlibat untuk merujuk kepada syarat dan
terma kontrak serta mudah untuk mengambil tindakan undang-undang apabila berlaku
kemungkiran syarat dan terma.
1.4 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK
a) cadangan / tawaran
b) penerimaan
c) niat
d) balasan
e) keupayaan
f) ketentuan
2.0 CADANGAN
Cadangan ditakrifkan melalui peruntukan seksyen 2(a) Akta Kontrak iaitu :
2(a) apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain
untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud
untuk memperoleh persetujuan orang itu dari berbuat sesuatu itu, maka boléela
dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.
Ringkasnya, cadangan merupakan keinginan untuk memasuki atau membuat kontrak
berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam penyataan itu, dan diniatkan untuk
mengikat di antara pihak-pihak yang berkontrak itu.
Cadangan boleh dibuat secara nyata iaitu dalam bentuk tulisan atau lisan dan secara
tersirat iaitu melalui tingkah laku atau perbuatan pencadang.
Cadangan boleh dibuat kepada individu atau umum. Cadangan kepada individu adalah
dimana hanya orang itu sahaja yang boleh menerima cadangan tersebut manakala
cadangan kepada umum adalah dimana sesiapa sahaja boleh menerima cadangan asalkan
ia memenuhi syarat-syarat cadangan tersebut.
Cadangan kepada individu:
Kes : Boltan lwn Jones
Fakta : A menjual besi paip kepada B dan pada masa yang sama berhutang
dengan J. J telah membuat tempahan besi paip daripada A. Walau
bagaimanapun, B yang membuat penerimaan terhadap tempahan yang
dibuat oleh J. J pula enggan membuat pembayaran terhadap B. Isu yang
timbul sama ada J perlu membuat pembayaran terhadap B?
2