Page 8 - buku1
P. 8

(a)    mutlak dan tidak bersyarat
                                 Suatu penerimaan mestilah menepati semua syarat dan terma dalam suatu
                                 cadangan. Sekiranya penerimaan dibuat terhadap sebahagian daripada
                                 syarat yang dinyatakan dalam cadangan dan sebahagian daripadanya
                                 adalah ditolak, ini bukan satu penerimaan yang mutlak. Hal ini boleh
                                 berlaku bila ada cadangan balas.

                                 Kes : Hyde lwn Wrench

                                 Fakta  : Defenden telah membuat cadangan untuk menjual ladang dengan
                                 harga 1000ps. Plaintif menyatakan beliau akan membeli dengan harga 950
                                 ps tetapi defenden tidak bersetuju. Selepas beberapa hari plaintif bersetuju
                                 untuk membeli Madang tersebut pada harga asal iaitu 1000 ps. Apabila
                                 defenden enggan menjual, plaintif menuntut untuk pelaksanaan spesifik.
                                 Isu yang timbul, Adakah wujud cadangan balas dalam kontrak.

                                 Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa cadangan balas telah
                                 meluputkan cadangan asal dan tiada kontrak yang wujud di antara mereka.
                                 Plaintif juga tidak boleh menghidupkan kembali tawaran asal setelah
                                 membuat cadangan balas.

                          (b)    dinyatakan secara biasa dan munasabah
                                 Penerimaan mestilah dibuat secara biasa dan munasabah iaitu kaedah yang
                                 biasa diamalkan dan rasional kecuali pencadang atau cadangan itu sendiri
                                 menetapkan cara penerimaannya.


                   3.2    CARA PENERIMAAN

                   Penerimaan boleh dibuat secara bertulis, melalui perbuatan atau lisan. Persoalannya,
                   adakah dengan berdiam diri boleh dianggap sebagai satu penerimaan.

                   Kes    : Felthose lwn Bindley

                   Fakta  : Seorang pelelong membuat tawaran untuk menjual seekor kuda kepunyaan John
                   Felthose. Plaintif bersetuju untuk membeli kuda tersebut di mana dia menulis sepucuk
                   surat yang berbunyi “jika saya tidak mendengar apa-apa berita tentang kuda itu, maka
                   saya menganggap bahawa kuda itu adalah milik saya dengan harga 30ps 15s. John
                   Felthose tidak menjawab surat itu walaupun beliau berniat untuk menjual kuda tersebut
                   pada harga itu. Plaintif menuntut kuda tersebut.

                   Keputusan     : Mahkamah memutuskan bahawa sikap berdiam diri dengan tidak
                   menjawab surat tersebut bukanlah merupakan satu penerimaan. Oleh itu satu kontrak
                   tidak wujud di antara mereka.







                                                                                                        7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13