Page 9 - buku1
P. 9
Namun begitu, dalam keadaan tertentu perbuatan mendiamkan diri boleh dianggap
sebagai satu penerimaan.
3.3 MASA PENERIMAAN
Cadangan mestilah diterima dalam tempoh masa yang munasabah sekiranya tiada tempoh
masa yang ditetapkan dalam cadangan tersebut. Jika tempoh masa telah ditetapkan dalam
cadangan, penerimaan mestilah dibuat sebelum masa tersebut berakhir. Seksyen 6(b)Akta
Kontrak memperuntukkan :
6(b) sesuatu cadangan adalah dibatalkan dengan luputnya waktu yang telah
ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau apabila waktu
tidak ditetapkan sedemikian, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa
komunikasi penerimaan
Kes : Ramsgate Victoria Hotel Co.Ltd lwn Montefiore
3.4 KOMUNIKASI PENERIMAAN
Kaedah am menyatakan bahawa penerimaan hanya sah apabila dikomunikasikan kepada
pembuat tawaran. Walau bagaimanapun, pengecualian diberi kepada penerimaan yang
dibuat secara pos. Mengikut seksyen 4(2) Akta Kontrak :
4(2) Komunikasi penerimaan adalah lengkap :
(b) terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah
dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di mana
ianya berada di luar kuasa penerima :
(c) terhadap penerima, bila komunikasi penerimaan itu telah sampai
kepada pengetahuan pencadang.
Apabila komunikasi penerimaan dibuat secara pos dan telegram, pihak pencadang adalah
terikat dengan suatu penerimaan walaupun ia sebenarnya tidak mengetahui tentang
penerimaan yang dibuat.
Kes : Ignatius lwn Bell
Fakta : Defenden membuat cadangan untuk menjual sebidang tanah kepada plaintif di
mana cadangan itu terbuka sehingga 20 Ogos 1912. Plaintif menerima cadangan tersebut
dan menghantar notis penerimaan melalui surat berdaftar pada 16 Ogos 1912. Surat
tersebut hanya sampai pada 25 Ogos 1912. Isu, sama ada kontrak itu wujud atau tidak?
Keputusan : Mahkamah memutuskan bahawa komunikasi penerimaan adalah lengkap
apabila notis penerimaan telah diposkan pada 16 Ogos 1912, walaupun defenden tidak
8