Page 7 - buku1
P. 7

Kes : Hyde lwn Wrench

                          Fakta  : Defenden telah membuat cadangan untuk menjual estetnya dengan harga
                          1000 ps. Plaintif  bersetuju untuk membeli tetapi hanya dengan membayar 950ps.
                          Beberapa hari kemudian plaintif menukar fikiran dan bersetuju untuk membayar
                          harga  asal  iaitu  1000ps.  Defenden  pula  enggan  menjual  estetnya.  Plaintif
                          memohon  untuk  pelaksanaan  spesifik.  Isu  yang  timbul,  adakah  wujud  kontrak
                          antara plaintif dan defenden?

                          Keputusan  Mahkamah  :  Cadangan  plaintif  untuk  membeli  estet  tersebut  untuk
                          harga  950ps  adalah  cadangan  balas  yang  menyebabkan  cadangan  asal  menjadi
                          luput.   Oleh itu, tiada kontrak yang sah wujud di antara plaintif dan defendan.

                          (d)    atas kematian atau sakit otak pencadang, jika fakta kematian atau sakit
                                 otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan

                                 Kes : Harris lwn Fawcett

                                 Mahkamah memutuskan bahawa suatu cadangan akan lupus apabila
                                 penerima cadangan (pencadang) mati



                   3.0     PENERIMAAN

                   Penerimaan  berlaku  apabila  orang  kepada  siapa  cadangan  itu  dibuat  menyatakan
                   persetujuan  dengan  cadangan  itu.  Apabila  suatu  cadangan  diterima,  perjanjian  akan
                   terbentuk  di  antara  kedua-dua  pihak  iaitu  pembuat  janji  dan  penerima  janji.  Ini
                   dinyatakan di bawah seksyen 2(b) :

                   2(b)   Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan
                   cadangan itu maka boléela dikatakan bahawa cadangan itu diterima : suatu cadangan
                   bila diterima, adalah menjadi janji.


                   3.1    SYARAT-SYARAT PENERIMAAN

                   Seksyen 7 Akta Kontrak memperuntukkan :

                          7  Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji, maka penerimaan itu
                              mestilah :






                                                                                                        6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12