Page 4 - buku1
P. 4

Keputusan Mahkamah : Mahkamah memutuskan bahawa J tidak perlu membuat
                                                   pembayaran kepada B kerana cadangan J bukan kepada B
                                                   sebaliknya dibuat terhadap A.

                   Cadangan kepada umum :

                          Kes : Carlill lwn Carbolic Smoke Ball

                          Fakta  :  Defenden  merupakan  pengeluar  ubat  selsema.  Dia  menawarkan  100ps
                          kepada  sesiapa  yang  masih  dijangkiti  selsema  selepas  menggunakan  ubat
                          selsemanya. Plaintif yang masih dijangkiti selsema walaupun memakan mengikut
                          arahan  telah  membuat  tuntutan  terhadap  defenden.  Isu  yang  timbul,  adakah
                          plaintif berhak mendapatkan wang yang telah dijanjikan oleh defenden?

                          Keputusan Mahkamah : Mahkamah memutuskan bahawa tawaran boleh ditujukan
                          kepada  umum.  Sesiapa  yang  melaksanakan  syarat  tawaran  dianggap  sebagai
                          penerima.  Oleh  itu  plaintif  berhak  mendapat  wang  yang  telah  dijanjikan  oleh
                          defenden.


                   2.1    PELAWAAN CADANGAN

                   Pelawaan cadangan merupakan keadaan di mana seseorang itu hanya ingin melakukan
                   perundingan sahaja tetapi tiada niat untuk terikat dengan syarat-syarat dalam perundingan
                   tersebut.  Orang  yang  membuat  pelawaan  cadangan  boleh  menerima  atau  menolak
                   cadangan tersebut. Contoh pelawaan cadangan adalah :

                       a)  peragaan / pameran barang di kedai layan diri

                          Kes : Pharmaceutical Society of Great Britian lwn Boots Cash Chemist Ltd

                          Fakta  :  Defenden  telah  didakwa  di  bawah  Akta  Ubatan  dan  Racun  yang
                          melarang penjualan racun tanpa penyeliaan ahli farmasi.  Isu yang timbul, sama
                          ada  defenden  membuat  jualan  di  dalam  kedai  layan  diri  apabila  seseorang
                          pelanggan memilih ubat yang diperagakan di atas para kedai dan meletakkan ubat
                          tersebut di dalam bakulnya.

                          Keputusan Mahkamah : Perbuatan memperagakan ubat di atas para kedai layan
                          diri adalah pelawaan cadangan. Suatu cadangan hanya berlaku apabila pelanggan
                          meletakkan  ubat  di  kaunter  pembayaran.  Dengan  ini,  kontrak  hanya  berlaku  di
                          meja  pembayaran  apabila  ahli  farmasi  menerima  cadangan  pelanggan  untuk
                          membeli  ubat  tersebut.  Oleh  itu  tuan  punya  farmasi  didapati  tidak  melakukan
                          jualan yang dilarang oleh Akta Ubatan dan Racun.







                                                                                                        3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9