Page 5 - buku1
P. 5

b)  pengiklanan

                          Kes : Majunder lwn Attorney General of Sarawak

                          Mahkamah memutuskan bahawa iklan di dalam surat khabar untuk jawatan doctor
                          adalah satu pelawaan cadangan sahaja dan bukannya cadangan.

                       c)  lelongan

                          Kes : Spencer lwn Harding

                          Makhkamah memutuskan bahawa satu pengumuman mengenai tender adalah satu
                          pelawaan cadangan.


                   2.2    KOMUNIKASI CADANGAN

                   Cadangan  yang  dibuat  mestilah  disampaikan  atau  dikomunikasikan  kepada  pihak  lain
                   supaya  pihak  lain  mengetahui  tentang  kewujudan  cadangan  tersebut  dan  penerimaan
                   dapat dibuat. Seksyen 4(1) Akta Kontrak memperuntukkan :

                          4(1)   Komunikasi cadangan adalah lengkap apabila cadangan itu sampai
                          kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat.


                   2.3    PEMBATALAN CADANGAN

                   Seksyen 5(1) Akta Kontrak memperuntukkan :

                          5(1)   Sesuatu  cadangan  boleh  dibatalkan  pada  bila-bila  masa  sebelum
                          komunikasi penerimaannya lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya.

                          4 (2) (a)      Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang apabila
                          komunikasi  penerimaan  itu  telah  dimasukkan  ke  dalam  perjalanan  pengiriman
                          kepadanya, di mana ianya berada di luar kuasa penerima.

                          6  Sesuatu cadangan adalah dibatalkan :

                              (a)    dengan mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang kepada
                                     pihak yang lain itu

                                 4(3) Akta Kontrak     Komunikasi pembatalan adalah lengkap :

                                       (a)    terhadap orang yang membuat pembatalan, bila komunikasi
                                              pembatalan  itu  telah  dimasukkan  ke  dalam  perjalanan






                                                                                                        4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10