Page 113 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 113
4. DASAR KURIKULUM SEKOLAH
( 1 ) LATAR BELAKANG
1.1 SK BBP merupakan salah sebuah sekolah yang sedang melalui arus kemajuan sejak dibuka pada
Januari 2002 khususnya dalam bidang akademik. Namun begitu, pencapaian UPSR sejak Tahun
2013 hingga 2018 telah menunjukkan pencapaian prestasi yang tidak konsisten sama ada dari aspek
kuantiti mahupun kualiti. Walau bagaimanapun, BERLAKU PENURUNAN PERATUS KUANTITI
MANAKALA GPS MENINGKAT PADA TAHUN 2015 dan menunjukkan penurunan dari aspek GPS
memandangkan format peperiksaan baru dalam KSSR.
1.2 Berikut adalah Rekod Pencapaian UPSR 2013 – 2018 Kualiti dan Kuantiti :
PERKARA 2014 2015 2016 2017 2018
BIL.CALON 124 110 118 117 105
5A/ 6A 9 10 1(6A) 0 1
% 7.32 9.09 0.85 0 0.95
ABCD 95 81 93 79 66
% 76.61 73.64 78.81 67.52 62.86
GPS 2.19 2.09 2.77 3.11 -
1.3 Bagi memastikan rekod ini terus dipertingkatkan atau dipertahankan, SUATU DASAR KURIKULUM
yang lebih kukuh perlulah diwujudkan. Dasar yang digubal ini akan dapat menjelaskan kepada semua
khususnya tenaga pentadbiran dan akademik akan bidang fokus kerjaya mereka.
1.4 Ekoran daripada itu, pihak pentadbir dan guru-guru dapat membuat persediaan awal bagi
menghadapi proses PdP di dalam kelas dengan menyediakan program peningkatan pelajar
berdasarkan PKTA (Pendekatan, Kaedah, Teknik, Aktiviti) yang bersesuaian dengan murid mereka.
1.5 Disamping itu juga ianya amat berguna kepada kelas yang akan menduduki peperiksaan awam
khasnya UPSR. Guru terlebih dulu perlu menentukan TARGET yang mesti dicapai berasaskan
kepada TOV sedia ada muridnya.
1.6 Dasar ini akan diberi Fokus khusus pada Tahun 2019 di mana setiap guru mata pelajaran akan
menentukan TOV dan TARGET yang akan disasarkan bagi setiap muridnya. IKRAR ini akan
dipantau oleh Guru Besar dari masa ke masa melalui Pendekatan Khas yang disebut Sebagai
PERSONAL CONTACT TIME.
( 2 ) TOV DAN TARGET PENCAPAIAN AKADEMIK (2019)
2.1 TARGET yang ditentukan adalah berasaskan TOV yang dikumpul dari keputusan PPT / 2018 yang
memberi fokus kepada verifikasi data, dan NEAR MISS murid yang terbahagi kepada kelompok
berikut :
2.1.1 menguasai dan tidak menguasai
2.2 KRITERIA PENENTUAN TARGET :
2.2.1 Didasarkan kepada keputusan PPT / 2018
2.2.2 Murid mencapai pencapaian minima 1 Gred B disasarkan kepada TARGET 6A
2.2.3 Murid mencapai pencapaian minima 6 Gred C gred hingga 6 Gred D disasarkan kepada TARGET
menguasai.
2.2.4 Markah murid yang TIDAK HADIR dalam PPT / 2018 diukur dari PAT yang akan diadakan dalam
bulan Oktober 2018.
KE ARAH MENGGAPAI DASAR MINIMUMKAN GRED E
Oleh itu, pada umumnya, Pencapaian Akademik Murid 2019 yang mesti dicapai hendaklah mengatasi
Pencapaian UPSR 2018.TARGET Kualiti dan Kuantiti di atas haruslah dicapai kerana itulah kekuatan
sedia ada murid-murid yang telah dikenal pasti melalui PPT / 2018.
78