Page 114 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 114

( 3 )  MATLAMAT
               3.1  Dapat  meningkatkan  prestasi  akademik  sekolah  dengan  menguasai  3M  untuk  menuju
               kecemerlangan  dan  kecemerlangan  yang  dihasratkan  berlaku  dalam  konteks  meningkat  sedikit  demi
               sedikit dari Tahun Satu hingga ke Tahun Enam.

               ( 4 )  OBJEKTIF
               4.1 Melalui kertas Dasar ini , adalah diharapkan:-
                 4.1.1  Seluruh warga sekolah memahami hala tuju sekolah khususnya dalam bidang akademik
                 4.1.2  Membuka  ruang  kepada  warga  sekolah  bersedia  dan  berusaha  secara  inovasi  dan  efektif
                        memajukan anak didik mereka.
                 4.1.3  Warga sekolah dapat mengenalpasti dan mengambil sebarang tindak ikut yang dapat
                        memperbaiki prestasi pencapaian.
                 4.1.4  Dapat  memupuk  dan  melahirkan  insan  yang  seimbang,  berilmu,  berjiwa  mulia,  bertaqwa,
                        memiliki sahsiah yang tinggi dan diterima oleh masyarakat

               ( 5 )  MASALAH
               5.1 Pencapaian  sekolah  tidak  seimbang  antara  Tahun  (  Kelas-Kelas  )  dan  sering  berlaku  kenaikan
                   pencapaian begitu juga kerap kali mengalami kemerosotan pencapaian
               5.2 Ada  di  antara  tenaga  akademik  yang  bersikap  tidak  peka  terhadap  pencapaian  yang
                   memberangsangkan ( 6A ) dalam peperiksaan UPSR. Mereka beranggapan pengajaran itu sebagai
                   rutin harian sahaja.
               5.3 Kurang  Keberkesanan  Aktiviti  Tindak  Ikut  (  Susulan  )  yang  dijalankan  selepas  sesuatu  penilaian
                   dijalankan. ( Pengayaan dan Pemulihan )
               5.4 Ketidak mantapan JSI bagi mengukur kesesuaian dan kemantapan soalan mengikut kebolehan murid

               ( 6 )  PENYELESAIAN MASALAH
               6.1 Seluruh warga sekolah berusaha mencapai TARGET yang ditentukan dalam pelunjuran
               6.2 Seluruh  warga  sekolah  lebih  peka  dan  sentiasa  memberikan  komitmen  sepenuhnya  dan  terus
                   berusaha memantapkan  PdP mengikut perkembangan semasa.
               6.3 Menyedia dan memantapkan JPU sebelum membina soalan dalam peperiksaan PPT dan PAT.
               6.4 Memperbanyakkan aktiviti latihtubi menggunakan modul-modul dan soalan-soalan yang disediakan
                   oleh LPM, JPN, PPD, MGB, KELOMPOK atau Sekolah Jiran
               6.5 Setiap penilaian hendaklah dibuat Tindak Ikut untuk memperbaiki kelemahan murid atau kelemahan
                   pengajaran guru  dan memantapkan kecemerlangan akademik murid. Budaya post mortem menjadi
                   suatu keperluan kepada guru-guru sebagai langkah Penambahbaikan kemahiran murid-murid secara
                   individu

               ( 7 )  DASAR KURIKULUM
               7.1 Penubuhan AJK Kurikulum yang dipengerusikan oleh Guru Besar
               7.2 Penubuhan Panitia dipengerusikan oleh Ketua Panitia,  Penasihat Guru Besar / PK1
               7.3 Mesyuarat Kurikulum / Mesyuarat Panitia 4 kali setahun
               7.4 Sukatan Pelajaran perlu diselesaikan dalam tahun semasa. Sukatan Pelajaran Tahun 6 diselesaikan
                   sebelum bulan Jun
               7.5 Pengurusan bilik darjah yang kondusif
               7.6 Penggunaan buku SPBT diwajibkan
               7.7 Pelaksanaan PdP yang berkesan
               7.8 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang berkesan
               7.9 Pengendalian Peperiksaan yang sistematik dan dipercayai
               7.10    Buku  Kerja  MP  Teras  digalakkan  bagi  Tahap  2  sebagai  Tambahan  manakala  Buku  Kerja  MP
               Bukan Teras sebagai pilihan. Tiada penggunaan Buku Kerja wajib bagi Thp1
               7.11    Bilangan latihan kerja murid dan penyemakan buku diselaraskan oleh Panitia Mata Pelajaran


                                                             79
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119