Page 117 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 117
DASAR MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
PELAKSANAAN DASAR
1. Penguasaan 3M untuk Tahap 1 dan kesinambungannya ke Tahap 2 bagi murid
yang memerlukan.
2. Galakan membaca melalui Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) Tahap
1 dan Tahap 2 (tiada had Bilangan buku yang dibaca)
3. Peruntukan 30 minit dari waktu BM untuk murid membawa di perpustakaan untuk
pinjaman buku bagi kedua-dua Tahap.
4. Mengadakan perpustakaan kelas dan sudut bacaan bagi murid Tahap 1.
5. Mengadakan Program Bahasa setiap Isnin sebelum perhimpunan.
6. Pembelajaran melalui komputer pada minggu pertama setiap bulan mengikut
jadual.
7. Pembelajaran kendiri dengan bimbingan dan pengawasan guru.
8. Pemantapan BM melalui keratan akhbar, majalah dan kad aktiviti di sudut Bahasa
dan Papan Maklumat.
9. Menulis sekurang-kurangnya satu karangan setiap minggu.
10. Perbengkelan soalan dan penyediaan bank soalan BM.
11. Menjalankan 3 kali ujian penilaian dan 2 kali ujian penggal ( PKSR ).
12. Projek Selayut untuk pengukuhan pembelajaran dan keceriaan kelas.
13. Memantapkan kemahiran bahasa dalam aktiviti persatuan bagi merealisasikan
kokurikulum pemangkin kurikulum.
14. Melaksana dan menyedia laporan PLBS mata pelajaran untuk sekolah.
DASAR MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
PELAKSANAAN DASAR
1. Penulisan buku rekod guru diseragamkan ( Sukatan Pelajaran Tahunan, Mingguan
dan Harian )
2. Celik BI ( Murid yang lemah menggunakan buku yang lebih mudah – contoh :
murid Tahun 4 guna buku Tahun 3 )
3. Program 5 minit Oral BI ( sebelum memulakan pelajaran – contoh : spelling,
vocabulary, poem )
4. Buku Cerita ( murid diwajibkan membaca buku cerita BI sekali dalam dua minggu )
5. Perhimpunan pada hari selasa dalam BI : ( menjadikan Selasa sebagai Hari BI
untuk Tahap 2 ) dan Perhimpunan Hari Isnin sebagai hari persembahan murid
dalam BI untuk Tahap 1 )
6. Ujian Lisan / Bacaan : diasingkan, diberi gred ABC, petikan yang sama bagi setiap
aliran.
7. Buku Latihan : Tahap 2 ( 3 buah ditambah sebuah lagi untuk ” Better Language
Programme ”Tahap 1 ( 4 buah ditambah sebuah lagi untuk ” Better Language
Programme ”
8. Penggunaan Bilik SAL ( Self Access Learning ) : Tahap 2 sebulan sekali dan
Tahap 1 selaras dengan jadual pembelajaran berkomputer / PSS.
9. Pembelajaran Berkomputer – wajib sebulan sekali bagi Tahap 1.
10. Perbanyakkan cogankata / papan tanda dalam BI.
11. Mewajibkan murid memiliki sebuah Kamus BI setiap orang.
12. Memantapkan kemahiran BI melalui aktiviti kokurikulum bagi merealisasikan
kokurikulum pemangkin kurikulum.
13. Melaksana dan menyedia laporan PLBS mata pelajaran untuk sekolah.
82