Page 116 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 116
matapelajaran dan Peringkat 2 secara khas oleh Guru Pemulihan
7.30 Guru Pemulihan melaksanakan Pemulihan dalam 2 Peringkat iaitu Peringkat PET 1 ( Pemulihan
Ekspres Tahap 1 ) dan PET 2 (Pemulihan Ekspres Tahap 2)
7.31 Rancangan Tahunan hendaklah ditaip / difotostat dan disimpan di dalam FAIL
7.32 Rancangan Harian hendaklah mengikut format terkini yang ditetapkan oleh Ketua Panitia
7.33 Penggunaan Bilik - Bilik Khas , Bilik PSS dan Makmal Komputer hendaklah mengikut jadual yang
ditetapkan dan mesti dipatuhi.
7.34 Hari GRADUASI diadakan setahun sekali sebagai penghargaan kepada murid-murid di atas
kejayaan yang dicapai
7.35 HARI PELAPORAN diadakan selepas PPT bagi menemukan ibu bapa / penjaga dengan guru
mata pelajaran / guru kelas bagi memperbaiki atau menyelesaikan masalah pembelajaran murid
7.36 Penerapan nilai murni merentas kurikulum, KBKK merentas kurikulum, STROM merentas
kurikulum dan Bahasa Merentas kurikulum ditekankan dalam PdP
7.37 Pencapaian mata pelajaran (SKT) perlu dikekalkan berpandukan kepada pelunjuran yang telah
dibentuk mengikut pelunjuran mata pelajaran 2018
7.38 Pencerapan Klinikal untuk Guru- Guru Mata Pelajaran dilaksanakan oleh Guru Besar, PK dan
Ketua Panitia mengikut elemen-elemen pemerhatian yang telah ditetapkan
7.39 Pencerapan dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap guru bagi sesuatu tahun untuk
memenuhi kriteria SKPMG2 tetapi boleh dilakukan sehingga 2 kali setiap guru dalam setahun
7.40 PJ bagi Tahap 2 diajar berasingan antara murid lelaki dan perempuan oleh 2 orang guru PJ
7.41 Jika hari hujan, pelajaran PJ boleh diajar di bilik darjah dengan aktiviti yang bersesuaian
7.42 Waktu gantian bagi guru tidak hadir pada sesuatu hari hendaklah disempurnakan dengan PdP
mata pelajaran yang ditinggalkan oleh guru tidak hadir itu.
7.43 Kelas yang diganti itu hendaklah sentiasa dipenuhi dan guru yang mengganti adalah
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelas yang digantikannya itu
7.44 Pemantauan WAYS dilakukan oleh Pentadbir 4 hari seminggu bagi memstikan perjalanan PdP
dan Pengurusan sekolah berjalan dengan lancar dan sempurna
( 8 ) RUMUSAN
8.1 Pelaksanaan Dasar Kurikulum SK Bandar Baru Putera ini digubal agar dapat menjamin anak didik
sekolah ini menerima pendidikan pada aras yang berkualiti dan mencukupi sebagai asas kesediaan
untuk mereka melangkah ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
8.2 Ia juga digubal bagi menjamin anak didik sekolah ini dapat memperkemaskan diri supaya mereka
dapat dibentuk menjadi seorang insan yang seimbang, berilmu, berjiwa mulia, bertaqwa, mempunyai
sahsiah yang tinggi dan diterima oleh masyarakat
81