Page 115 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 115
7.12 Penyemakan latihan murid disemak oleh guru secara berterusan dan disemak semula oleh
Pentadbir mengikut tarikh yang disediakan. Rujuk ms 36\
7.13 Peraturan semakan : Gunakan PEN MERAH BERDAKWAT KERING sahaja untuk menyemak
dan disemak sendiri oleh guru berkaitan sahaja. Jika perlu menggunakan bantuan murid PASTIKAN
guru membuat semakan semula serta turunkan tandatangan mengesahkan semakan semula telah
dilakukan berserta tarikh semakan. Pastikan juga murid melakukan PEMBETULAN dan guru
menyemak semula pembetulan itu dari masa ke semasa
7.14 Kokurikulum pemangkin kurikulum
7.15 Soalan Ujian Penilaian dan PKSR hendaklah ditapis oleh semua Ketua Panitia sebelum disahkan
oleh PK1 dan seterusnya dijalankan peperiksaan mengikut tarikh
7.16 Jadual pembina soalan hendaklah diatur oleh Ketua Panitia diawal tahun dan diserahkan kepada
PK1 dan SU Peperiksaan untuk rujukan. Penggubalan soalan dalaman berasaskan sekolah dan ada
JPU.
7.17 Pengawasan Ujian Penilaian dan PKSR haruslah telus dan tiada prasangka. Jadual Pengawasan
disediakan oleh SU Peperiksaan
7.18 Pemeriksaan Jawapan murid untuk Ujian Penilaian dan Peperiksaan disediakan oleh Ketua
Panitia dan mesti dipatuhi. Penggantian Pemeriksa bagi kes guru yang tidak dapat melaksanakan
pemeriksaan kerana hal tertentu diurus oleh Ketua Panitia
7.19 Kertas Jawapan mata pelajaran teras bagi semua murid Tahun 1 – 6 hendaklah dikumpul
semulauntuk dibuat analisis oleh Ketua Panitia seterusnya disimpan untuk pembentangan di
peringkat PPD Kinta Utara. SU Peperiksaan akan berhubung terus dengan Ketua Panitia apabila
kertasjawapan ini perlu dikemukakan ke PPDKU. Murid-murid hanya diberi markah yang diperolehi
sahaja oleh guru mata pelajaran
7.20 Soalan yang dipetik dari sumber-sumber tertentu hendaklah difotostat dan disunting semula
dalam keadaan bersih, kemas dan tersusun mengikut urutan nombor gubalan sendiri. TIDAK BOLEH
difotostat terus dari sumber tertentu dan dijadikan soalan sendiri
7.21 Bilangan soalan dan Bahagian kertas bagi penggubalan soalan haruslah selaras dan mengikut
standard Lembaga Peperiksaan Malaysia yang terkini. Ketua Panitia hendaklah memasti
danmembantu guru dalam mematuhi dasar ini
7.22 Format kertas soalan menggunakan Kertas A5 dengan Font 12. Kulit soalan disediakan oleh SU
Peperiksaan untuk tujuan Penyeragaman
7.23 Urusan mencetak soalan dilaksanakan oleh PAR. Soalan hendaklah dihantar 3 minggu sebelum
tarikh peperiksaan dijalankan. Soalan yang telah dicetak akan disusun dan diklip oleh guru
matapelajaran termasuk juga urusan membungkusnya.Soalan yang telah dibungkus
diserahkankepada SU Peperiksaan untuk disimpan hingga ke hari peperiksaan dijalankan
7.24 Kertas soalan murid bersama kertas jawapan hendaklah disemak semula bersama murid
sebelum diambil markah muktamad dan dimasukkan ke dalam fail murid di kelas dan kertas jawapan
murid diserah kepada Ketua Panitia
7.25 Peruntukan Mata Pelajaran hendaklah menepati Pekeliling semasa yang dikeluarkan oleh KPM
7.26 Keutamaan Pengajaran guru adalah mengikut opsyen dan ditambah dengan pengajaran subjek
lain bagi tujuan melengkapkan jumlah waktu mengajar mingguan yang tertentu
7.27 Waktu mengajar mingguan guru – guru
7.11.1 Guru Besar (6w)
7.11.2 Pen. Kanan (10 – 14w)
7.11.3 Guru media, Guru data dan Guru penyelaras Bestari (10w)
7.11.4 Guru Bimbingan dan Kaunseling (guru ganti tidak melebihi 1 jam sehari)
7.11.5 Setiausaha Peperiksaan (24w)
7.11.6 Guru Penolong (31 – 33w)
7.11.7 Guru disiplin (24w)
7.28 Murid Tahap 1 mesti diberi penekanan kepada penguasaan kemahiran 3M
7.29 Pemulihan dijalankan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama secara berterusan oleh guru
80