Page 197 - qiraat sab'ah
P. 197

Syarah Al-Syatibi


                   Kaedah bacaan raum ini tidak dapat diterangkan dengan jelas melainkan ianya
                   hendaklah  diambil  bacaannya  dengan  cara  bermusyafahah  dan  bertalaqi  dari
                   mereka yang mahir.

                                                                                                 ِ
                                                            َّ
                                      َ ْ َ    َُ ٌ َ   َ  ُ َ ُ                 َ َ َُْ  ِ ِ ِ  َ ُ َ  ِ  َ
                                       لحصيَ ـف  َ كانه توص لا نكسي                     ام ديعـب هاَ فشلا ُ قابْطإ ماْ شِلااو
                                       َ
                                                    ْ
                   Ishmam: ialah memucungkan dua bibir sejurus selepas menyebut huruf akhir pada
                   kalimah yang diwaqafkan tanpa bersuara dengan tidak merosakkan bacaan. Cara
                   memucungkan bibir hendaklah bersambung huruf yang dimatikan kerana waqaf,
                   iaitu tidak terdapat perpisahan di antara huruf mati dan mucung bibir.

                   Cara  bacaan  ini  memberi  faedah  kepada  mereka  yang  melihat  dan  mengikuti
                   bacaan  al-Quran  tersebut.  Bagi  mereka  yang  buta  atau  yang  tidak  memberi
                   tumpuan kepada pembaca cara bacaan ini tidak memberi apa-apa makna kepada
                   mereka.


                   Tujuan bacaan ishmam dan raum adalah untuk menerangkan atau menjelaskan
                   sebutan baris asal ketika bacaan wasal yang telah bertukar kepada tanda sukun
                   (mati) ketika waqaf. Bacaan ini diharuskan apabila pembaca al-Quran dihadiri oleh
                   mereka  yang  mendengar  dan  memberi  tumpuan  pada  bacaannya.  Sekiranya
                   pembaca  al-Quran  membaca  secara  bersendirian  ataupun  bersama  dengan
                   kelompak yang tidak memberi tumpuan, ianya tidak digalakkan.


                                                              ِ
                                                                                                        ِ
                                             ِ
                                            َ ِ ُ َِ َ ْ      دنع كمورو              دِ راو ِ عْفرلاو ِ مَّ ضلا قي امهُ لعفو
                                             لصو ِ رْلْاو ِ رسَ كْلا
                                                                                       َّ
                                                                                 ٌ
                                                            َ ْ َ ََُْ
                                                                                   َ
                                                                                         َ ِ
                                                                                                   َ ُ ْ َ
                                            ِ
                                             لمعُأ  ِ لُ كْلا قي ِ وحَّنلا مامإ دنعو             ئِ راَ ق  ِ بصَّنلاو ِ حتَ فْلا قي هرـي َ لَو
                                            َ ْ  ِ       ْ    ِ ِ  ِ َ          ٌ      ْ   َ  ْ     ُ ْ َ
                                                               َ َ ْ
                                                                                                     ََ
                   Cara bacaan ishmam ini diharuskan ketika mewaqafkan bacaan pada huruf yang
                   berbaris dhommah (hadapan) manakala bacaan ishmam pula pada baris kasrah
                   (bawah) dan dhommah (hadapan).

                             ِ ِ
                             ئراق بصَّنلاو ِ حتفْلا في هرـي َ لَو

                   *          ٌ َ  ْ َ   َْ   ََُ ْ َ

                   Tidak  terdapat  seorang  pun  dari  kalangan  para  qurra`  membaca  dengan  raum
                   atau  ishmam  pada  huruf  yang  berbaris  fatah  (atas).    Disana  terdapat  juga  di
                   kalangan ahli nahu yang mengharuskan bacaan tersebut pada baris fatah (atas),
                   walau bagaimana pun pendapat ini tidak diterima pakai di kalangan para qurra`
                   pada bacaan al-Quran.








                                                             [178]
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202