Page 26 - MODUL BLESS KEHAMILAN
P. 26

TOPIK 3: PEMAKANAN SIHAT DAN SEIMBANG



                               Keperluan Tenaga Semasa Hamil





                                                     Objektif










                                              Mengenal pasti contoh kuantiti
            Mengetahui kadar keperluan        makanan yang perlu ditambah       Membezakan antara makanan yang
           pengambilan tenaga mengikut          untuk memenuhi keperluan         padat nutrien (nutrient-densed) dan
                trimester kehamilan.            tenaga mengikut trimester.         padat tenaga (calorie-densed).



                                  Keperluan kalori wanita hamil



       Pemakanan dan gaya hidup semasa tempoh kehamilan
       adalah tidak jauh berbeza daripada yang diamalkan oleh
       wanita yang merancang untuk hamil.  Justeru, tiada istilah
       makan untuk dua orang dengan menggandakan kuantiti
       makanan yang diambil. Makan berlebihan akan meningkatkan
       risiko mengalami kenaikan berat lebih cepat daripada
       yang sepatutnya dan mengidap diabetes semasa hamil.


       Pada awal kehamilan, ibu hamil masih perlu mengekalkan
       jumlah pengambilan makanan yang biasa untuk wanita
       tidak hamil dalam kuantiti yang sederhana, seimbang dan
       pelbagai. Seterusnya, peningkatan pengambilan makanan
       perlu ditambah secara perlahan-lahan mengikut keperluan
       kalori pada setiap trimester.




                          Kalori                                      Sebagai contoh, keperluan

                                                                   kalori ibu ketika sebelum hamil
                                                                    adalah 1600 kcal/ sehari. Maka,
            Pertambahan keperluan kalori                          pertambahan kalori yang berlaku
              ibu ketika hamil (RNI, 2017):                                        adalah:



                                                                            Trimester pertama:
          Trimester pertama: + 80 kcal/ hari                               1500 + 80 kcal/ hari




                                                                             Trimester kedua:
          Trimester kedua: + 280 kcal/ hari                               1500 + 280 kcal/ hari






          Trimester ketiga: + 470 kcal/ hari                                 Trimester ketiga:
                                                                          1500 + 470 kcal/ hari



                  *Saranan pengambilan zat Malaysia (RNI)                                                           22
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31