Page 19 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 19

TOPIK 2: PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU (PSI)


                                 Kepentingan Penyusuan Susu Ibu





                                                       Objektif












               Mengenal pasti                  Memahami konsep dan                      Memahami posisi
            kebaikan penyusuan                kepentingan penyusuan                   dan pelekapan yang
          susu ibu untuk bayi dan             susu ibu secara eksklusif                    baik semasa
                      ibu.                          untuk 6 bulan                     penyusuan susu ibu.
                                                       pertama.


                                 Kebaikan penyusuan susu ibu untuk bayi


         Kolostrum yang terdapat pada susu ibu (susu awal ibu) menguatkan
         sistem  imunisasi  bayi,  mengurangkan  risiko  mendapat  jangkitan
         saluran pernafasan akut, pneumonia, cirit-birit dan alahan.

         Mencegah  pelbagai  masalah  kesihatan  seperti  alahan,  asma,
         ekzema dan kolik bayi.

         Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti obesiti dan diabetes
         jenis 2.


         Mengandungi  zat  yang  lengkap,  mudah  dihadam  dan  sentiasa
         berubah mengikut tumbesaran dan perkembangan bayi.


         Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi.


         Dapat diberikan terus kepada bayi pada bila-bila masa.


         Bayi akan merasa selesa dan lebih tenang apabila berada dalam
         dakapan ibu sewaktu menyusu.





                                 Kebaikan penyusuan susu ibu untuk bayi

         Penyusuan  susu  ibu  mengeratkan  kasih  sayang  antara  ibu  dan
         anak.

         Membantu  mempercepatkan  pengecutan  rahim  selepas  bersalin
         dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

         Penyusuan  ibu  secara  eksklusif  dapat  membantu  menjarakkan
         kehamilan.

         Membakar lemak badan yang terkumpul semasa mengandung dan
         dapat mengembalikan badan ke bentuk asal.

         Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.                                                      15
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24