Page 71 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 71
Snek sihat dan berkhasiat
Fungsi snek atau makanan ringan adalah sebagai makanan
tambahan kepada tiga hidangan biasa sepanjang hari.
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membuat
pemilihan snek kepada anak-anak.
Panduan pemberian snek:
Memberi anak-anak makanan ringan yang sihat yang mempunyai banyak
nutrien tetapi tidak mengandungi kalori berlebihan seperti buahan dan sayuran.
Berikan anak pelbagai pilihan makanan ringan yang sihat supaya mereka
boleh membuat pilihan mereka sendiri. Secara tidak langsung ia dapat
membentuk tabiat memilih makanan yang sihat.
Elakkan memberi makanan ringan terlalu dekat dengan waktu makan utama.
Elakkan pemberian minuman manis bagi mengelakkan karies gigi, pertambahan
berat badan, dan menjadikan kanak-kanak berasa kenyang. Air kosong dan
susu rendah lemak adalah pilihan yang lebih sihat.
Contoh snek yang boleh diberikan kepada anak-anak:
Buah: Salad buah, puding buah, Sayuran: Salad sayur yang menarik,
popsikel jus buahan sebenar kerepek sayur
Snek bijirin seperti empingan jagung,
Produk tenusu seperti keju rendah keropok, bar bijirin, dan (tanpa
lemak, yogurt, dan puding, atau tambahan mentega/ gula/ garam), atau
buah buatan sendiri
buatan sendiri.
67