Page 66 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 66

Apa itu makanan pelengkap?




         Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang
         diberikan kepada bayi dalam bentuk pepejal atau separuh
         pepejal selain daripada susu ibu.



         Pengenalan makanan pelengkap adalah pada umur 6
         bulan. Kenapa perlu dimulakan sewaktu bayi berumur 6
         bulan?





             Penghasilan air liur sudah bermula, enzim penghadaman
             dan pencernaan sudah bersedia untuk menerima pelbagai
             jenis makanan.

             Perkembangan deria rasa, bau serta sentuhan bayi serta
             kemampuan untuk mengunyah dan menelan makanan
             yang lembut dapat membantu penerimaan bayi terhadap
             makanan tersebut.

             Keperluan zat besi dan pemakanan bayi semakin meningkat
             sejajar perkembangan               l dan otak bayi yang semakin
             membesar.





           Antara kepentingan pemberian makanan pelengkap pada bayi:

             Membiasakan bayi merasa pelbagai jenis makanan.
             Mengajar bayi menelan dan mengunyah.
             Membekalkan tenaga untuk tumbesaran bayi.
             Membina otot-otot, pembentukan tulang, gigi dan darah dengan
             sempurna.
             Menjaga kesihatan kulit dan mata bayi serta melindungi daripada
             jangkitan dan penyakit.







           Antara tanda bayi sudah bersedia menerima makanan pelengkap:

             Boleh menyokong kepalanya sendiri.
             Boleh mengambil makanan daripada sudu mengunakan bibir
             atasnya.
             Boleh menggerakkan makanan ke belakang mulutnya dan
             menelan makanan tersebut.
             Boleh mengambil makanan dengan tangannya dan masukkan
             ke dalam mulut.
             Mempunyai perasaaan ingin tahu tentang makanan yang
             dimakan oleh ibu.


                                                                                                                    62
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71