Page 67 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 67

Panduan asas untuk memperkenalkan

                                       makanan pelengkap:



       1.
           Tekstur/ konsistensi makanan dan cara penyediaan
           perlu diubah secara beransur-ansur mengikut tahap
           tumbesaran,  perkembangan  dan  keupayaan  bayi.
           Mulakan  dengan  makanan  yang  lembut  dan  separa
           pejal.


       2.
           Mulakan dengan pemberian 1 jenis makanan yang
           baru dan dalam kuantiti yang sedikit (1-1/2 sudu teh).
           Tingkatkan kuantiti makanan sedikit demi sedikit
           ap a bil a b ay i tela h m e n yes u aik a n d ir i d e n g a n
           makanan baru dan juga bertambah mengikut umur bayi.


       3.

           Sesuaikan suhu makan. Suhu makanan yang diberi
           perlulah tidak terlalu panas atau sejuk.




       4.
           Memperkenalkan 1 jenis makanan baru setiap masa

           reaksi and keserasian bayi terhadap makanan tersebut.
           Jika bayi mengalami alahan seperti muntah berterusan,
           cirit-birit, kembung perut dan kerap menangis, cuba
           perkenalkan jenis makanan yang lain.



      5.
           Jika bayi menolak makanan tertentu, cuba ulangi makanan
           yang sama selepas 3-4 hari berikutnya. Jika masih menolak
           cuba perkenalkan jenis makanan yang lain. Secara tidak
           langsung ibu dapat mengetahui makanan kesukaan bayi.



      6.

           Beri makanan pelengkap semasa anak mula rasa lapar
           dan seelok-eloknya pada sebelah pagi sebelum
           menyusu.


       7.
           Pastikan keselesaan bayi sewaktu makan. Bayi perlu
           ma k a n da la m kea d a a n d ud u k da n seles a unt u k
           memudahkan proses menelan dan mengurangkan
           risiko tercekik. Gunakan sudu yang bersesuaian untuk
           memudahkan bayi menerima makanan.


                                                                                                                    63
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72