Page 85 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 85
Menangani masalah cerewet makan melalui
rangsangan makanan
Pemberian makanan perlu disesuaikan dengan kebolehan psikomotor anak-anak seperti
kebolehan untuk mengendalikan sudu, kebolehan mengunyah dan menggunakan
makanan jejari.
1 Konsep rantaian makanan (food chaining)
Rantai makanan adalah teknik untuk membantu
kanak-kanak yang cerewet dan memilih secara
beransur-ansur memperluaskan diet mereka dengan
menggunakan tabiat makanan semasa sebagai asas
untuk membina dan meneroka makanan baru.
Kunci utama konsep rantai makanan adalah memahami
ciri-ciri makanan yang disukai anak. Hal ini kerana
sifat kanak-kanak hanya akan makan makanan yang
mereka suka.
Ibu bapa boleh melakukan aktiviti penerokaan
makanan (my food discovery) bersama anak untuk
mengenal pasti jenis dan ciri-ciri makanan yang
disukai anak. Ia akan membantu merungkai “siapa,
apa, di mana, bila, kenapa dan bagaimana” tabiat
makanan anak terbentuk terhadap sesuatu makanan
yang akan memberi idea untuk mulakan teknik
rantaian makanan kepada anak.
Rantaian makanan: Roti - Brokoli
Roti Snek jejari roti Biskut Biskut dan keju
Makan brokoli Brokoli dan keju Kacang pis dan keju
81