Page 84 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 84

2           Teknik penghargaan/ ganjaran positif (Positive reward)







               Kanak-kanak amat perlukan sokongan, pujian dan galakan daripada ibu bapa.


               Jadikan suasana makan adalah waktu yang ceria dan gembira. Contoh, jadikan
               aktiviti makan sayur atau buah sebagai suatu pertandingan dan memberi
               pujian apabila mereka berjaya menghabiskan makanan. Elakkan daripada
               memaksa atau memarahi anak.


               Penghargaan dalam bentuk hadiah juga boleh diberikan kepada anak sebagai
               rangsangan supaya mereka lebih bersemangat.

























           3                      Teknik contoh tingkah laku (Modelling)






                  Kanak-kanak  biasanya  belajar  dengan  meniru  tingkah-laku  orang  di
                  sekelilingnya, terutama ibu bapa dan ahli keluarga, guru-guru dan rakan
                  sebaya.

                  Sebagai contoh, ibu bapa digalakkan untuk makan bersama anak-anak
                  dan mengamalkan pemakanan yang sihat supaya menjadi contoh yang
                  baik kepada anak-anak. Ini selaras dengan ajaran
                  agama yang menggalakkan amalan makan
                  bersama atau secara ‘berjemaah’.

                  Pastikan sayuran dan buah disediakan
                  dan diambil apabila makan bersama
                  ahli keluarga.



















                                                                                                                    80
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89