Page 117 - 5_6125327253401239595
P. 117

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                      22.     Menyelia dan memantau kebajikan penghuni  asrama perkara yang
                              berkaitan:
                                    Makanan
                                    Keselesaan di asrama
                                    Kesihatan
                                    Keselamatan
                                    Kebaikan
                      23.     Membantu  Penyelia  Asrama  dalam  pungutan  yuran  asrama,  perkhidmatan
                              pembersihan,  keselamatan  dan  penguatkuasaan  kontrak  makanan  asrama
                              semasa ketiadaan penyelia asrama.
                      24.     Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
                              oleh Pengetua dari semasa ke semasa

               1.      KETUA WARDEN ASRAMA

                       A.     SENARAI TUGAS

                     Mewakili Pengetua dan Penolong Kanan HEM dalam urusan asrama
                     Bertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib Warden Asrama.
                     Bertugas  sebagai  pegawai  kerja  yang  menentukan  segala  tugas  Warden  Asrama
                       dilaksanakan dengan memuaskan.
                     Memeriksa  buku  laporan  harian  Warden  Asrama  dan  melaporkannya  kepada
                       Pengetua.
                     Menyemak Buku Kedatangan Penghuni Asrama
                     Mengambil tindakan terhadap kes – kes disiplin dan keselamatan
                     Memantau kerja – kerja penyelenggaraan yang dilakukan di asrama
                     Menyediakan perancangan tahunan asrama yang merangkumi semua aspek dan biro
                     Mengadakan  mesyuarat  dengan  Warden  Asrama  sekurang  -  kurangnya  sebulan
                       sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukan kepada Pengetua.
                     Melaksanakan  tugas  seperti  yang  ditetapkan  oleh  Mesyuarat  atau  diarahkan  oleh
                       Pengetua dari semasa ke semasa

               2.      WARDEN  ASRAMA

                       A.     SENARAI TUGAS

                                    Mengurus kemasukan penghuni asrama.
                                    Mengurus  rekod  kedatangan  penghuni  asrama  di  dalam  buku
                                     kedatangan.
                                    Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghuni-
                                     penghuni asrama mematuhinya.
                                    Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa
                                     para penghuni mematuhi peraturan asrama dan sekolah.
                                    Bertanggungjawab  ke  atas  kelakuan  /  tingkahlaku  penghuni  asrama
                                     dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya.
                                    Mengawasi keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu,
                                     masa cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar ke pekan atau balik
                                     ke  rumah  dengan  mencatatkan  ke  dalam  buku  keluar  masuk  yang
                                     disediakan.
                                    Melantik  AJK  asrama  yang  meliputi  bidang  disiplin,  kebersihan,
                                     keselamatan, riadah, kebajikan dan agama.
                                                           117
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122