Page 121 - 5_6125327253401239595
P. 121

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                                    Memaklumkan  kepada  pelajar  yang  berjaya  dan  mengarahkan
                                     membuka akaun di BSN.
                                    Memberitahu ibu bapa / penjaga murid  yang mendapat biasiswa dan
                                     memastikan borang perjanjian dilengkapkan dan dikembalikan.
                                    Prestasi pemegang biasiswa:
                                           I.      menyemak dan melaporkan kepada PK HEM
                                          II.      menghantar  surat  amaran  kepada  ibu  bapa/  penjaga
                                                   bagi pemegang biasiswa yang prestasinya merosot atau
                                                   melakukan salah laku disiplin.
                                    Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Giro
                                    Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan biasiswa.
                                    Memastikan  semua  dokumen  disimpan  dengan  selamat  di  pejabat
                                     sekolah / oleh guru biasiswa.
                                    Melaksanakan  tugas  seperti  yang  ditetapkan  oleh  Mesyuarat  atau
                                     diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa

               2.      GURU KEBAJIKAN / BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN & DERMA KILAT

                       A.     SENARAI TUGAS

                                    Menerima     tawaran    permohonan      Biasiswa   daripada    orang
                                     perseorangan / syarikat / persatuan / Alumni
                                    Menyedia / memperbanyakan borang dermasiswa.
                                    Mengenalpasti pelajar yang layak melalui maklumat APDM
                                    Mengedarkan  borang  dan  memberi  taklimat  permohonan  kepada
                                     pelajar.
                                    Menerima borang permohonan dari pelajar dan membuat semakan.
                                    Mengadakan  mesyuarat  pemarkahan,  penilaian  dan  pemilihan
                                     peringkat sekolah.
                                    Menyenaraikan  pemohon  yang  layak  berdasarkan  markah  dan
                                     menyimpan  borang  permohonan  yang  tidak  layak  sebagai  calon
                                     simpanan.
                                    Menghantar senarai pelajar yang layak kepada penderma.
                                    Menerima wang bantuan dari penderma dan membuat agihan kepada
                                     pelajar yang layak mengikut permintaan penderma.
                                    Menyelia urusan kewangan pelajar yang layak.
                                    Menghantar keputusan peperiksaan penggal kepada penderma.
                                    Mengatur perjumpaan dengan penderma ( jika ada  permintaan )
                                    Membuat  kutipan  daripada  murid  dan  guru  jika  terdapat  murid
                                     menghadapi bencana atau musibbah
                                    Melaksanakan  tugas  seperti  yang  ditetapkan  oleh  Mesyuarat  atau
                                     diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa


                6.8     JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAS

                       FUNGSI JAWATANKUASA :

                       1.     Memastikan  Jadual  Kedatangan  Pelajar  ditanda    setiap  hari  oleh  Guru
                              Tingkatan selewat - lewatnya sebelum jam 10.00 pagi.
                       2.     Memastikan  semua  butir  di  darlam  Jadual  Kedatangan  telah  diisi  dengan
                              lengkap oleh Guru Tingkatan
                       3.     Memeriksa  Jadual  Kedatangan  setiap  hujung  bulan  dan  memastikan  Guru
                              Tingkatan telah melengkapkan bahagian-bahagian tertentu.
                                                           121
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126