Page 118 - 5_6125327253401239595
P. 118

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                                    Memastikan  AJK  yang  dilantik  menjalankan  tugas  masing-masing
                                     dengan berkesan.
                                    Bertanggungjawab  ke  atas  perkara-perkara  yang  berkaitan  dengan
                                     makanan di asrama seperti menu makanan, pengelolaan kebersihan
                                     dewan makan, kebersihan pekerja dewan makan, mutu dan sukatan
                                     menu.
                                    Bertanggungjawab  mengawasi  kemajuan  pelajaran  para  penghuni
                                     asrama  seperti  memeriksa  kad  kemajuan,  kelas  tambahan,  kelas
                                     persediaan,  memberi  nasihat  serta  teguran  untuk  memperbaiki
                                     pencapaian akademik penghuni asrama.
                                    Mengambil  tindakan  yang  sesuai  untuk  mendapatkan  rawatan  jika
                                     terdapat penghuni asrama sakit.
                                    Bertanggungjawab menghubungi dan memberitahu ibu bapa / penjaga
                                     mengenai  masalah  kesihatan  para  penghuni  (  contohnya  penghuni
                                     asrama dimasukkan ke hospital ).
                                    Bertanggungjawab  mengawasi  kebersihan  penghuni  ,  dorm,
                                     keseluruhan bangunan dan kawasan asrama.

               3.      PENYELIA ASRAMA

                       A.     SENARAI TUGAS

                                    Memastikan makanan yang disediakan mencukupi dari segi kualiti dan
                                     kuantiti.
                                    Memantau penyediaan makanan dan memeriksa bekalan mentah bagi
                                     tujuan penyediaan makanan di dapur.
                                    Bertanggungjawab  tentang  kebersihan,  keceriaan  dan  persekitaran
                                     kawasan asrama.
                                    Menyelia kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama.
                                    Menentukan alatan asrama sentiasa baik dan selamat.
                                    Menyediakan rekod penghuni sakit dan menghantar penghuni asrama
                                     yang sakit ke klinik dan hospital.
                                    Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja-pekerja asrama.
                                    Mengurus  tentang  buku  stok  keperluan  asrama  seperti  perabut,
                                     peralatan dan lain-lain.
                                    Mengurus semua urusan kewangan asrama seperti buku tunai , kutipan
                                     yuran asrama, resit penerimaan asrama, dokumen pembayaran dan
                                     lain-lain.
                                    Menyediakan tuntutan wang lebihan makanan asrama.
                                    Menyediakan Laporan bulanan asrama, prestasi pembekal makanan (
                                     2 kali setahun) dan retan asrama.
                                    Mengurus kemasukan dan pendaftaran penghuni asrama.
                                    Memastikan  makan  malam  dan  supper  disediakan  oleh  pembekal
                                     makanan.
                                    Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan
                                     dan Penolong Kanan HEM.

                6.6     JAWATANKUASA SPBT

                       FUNGSI JAWATANKUASA :

                       1.     Menyelaras hal - hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.

                                                           118
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123