Page 57 - 5_6125327253401239595
P. 57

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar

                                    Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

                              Tugas-tugas lain
                                    Menganggotai  Jawatankuasa-jawatankuasa  yang  diluluskan  oleh
                                     Pengetua dari semasa ke semasa.
                                    Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan
                                     Pengetua dari semasa ke semasa.

                       4.     PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

                       A.     BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

                              Guru  Penolong  Kanan  Kokurikulum  bertanggungjawab  kepada  Guru  Besar
                              untuk  mencapai  matlamat  Dasar  Pendidikan  Kebangsaan.  Guru  Penolong
                              Kanan  Kokurikulum  bertanggungjawab  meningkatkan  penglibatan  dan
                              penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.
                                    Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
                                    Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum
                                     sekolah.
                                    Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja
                                     kokurikulum
                                    Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan
                                     lancar, berterusan dan berkesan.
                                    Menyelesaikan  masalah  yang  berbangkit  dalam  perjalanan  aktiviti
                                     kokurikulum.
                                    Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti
                                     kokurikulum.
                                    Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada
                                     murid.
                                    Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
                                    Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
                                     setiausaha  kokurikulum,  penolong  Setiausaha  kokurikulum  dan
                                     penyelaras-penyelaras unit.
                                    Memutuskan  pengurniaan  yang  akan  diberi  kepada  murid  yang
                                     mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum

                       B.     SENARAI TUGAS

                              Sukan Dan Permainan

                                    Merancang  takwim dan strategi penglibatan murid dalam aktiviti sukan
                                     dan permainan di semua peringkat
                                    Memastikan     keperluan    berasaskan    perancangan     dari   segi
                                     prasarana/infrastruktur, kemudahan-kemudahan asas, perkakasan dan
                                     peralatan, dokumen pelaksanaan, bahan-bahan bacaan dan sumber
                                     rujukan,  sumber  tenaga/  kepegawaian/  kejurulatihan  dan  kewangan/
                                     sumber kewangan mencukupi atau lengkap.
                                    Memantau atau menyelia pelaksanaan kegiatan sukan dan permainan.
                                    Kelab Sukan dan permainan
                                    Kejohanan Sukan Olahraga/ Merentas Desa/ Relay/ Sukantara
                                    MSSM
                                    Sukan jemputan agensi luar
                                    Memantau atau menyelia pengurusan “Sports For Excellence”
                                                            50
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62