Page 60 - 5_6125327253401239595
P. 60
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya.
Menyediakan anggalan belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.
Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan
audit tahunan.
Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang
atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya
berlaku di bilik darjah dan sekolah.
Tugas-Tugas Lain
Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah
dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri mengenai apa juga maklumat
dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
Berhubung dengan Guru Kanan Mata Pelajaran sekolah lain bagi
tujuan berkongsi maklumat dan sumber Pendidikan bagi memantapkan
keupayaan dan pengetahuan.
Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah
dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran di bawah
kawalannya.
Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan
dan kebersihan sekolah ( 3K ).
Membantu Pengetua menyelia hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan
aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan
kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru,
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses
pendidikan dan perkembangan murid.
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi
menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
53
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan