Page 61 - 5_6125327253401239595
P. 61

Buku Panduan Pengurusan 2019
                                                                                SM Teknik Tuanku Ja’afar


                4.2     JAWATANKUASA KEWANGAN

                       FUNGSI JAWATANKUASA :

                      1.      Membaca dan memahami pekeliling / surat pekeliling yang berkaitan dengan
                              Pengurusan Kewangan dan Perakaunan sekolah yang diedarkan dari semasa
                              ke semasa.
                      2.      Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada guru dan kakitangan yang
                              terlibat dalam pengurusan memungut wang.
                      3.      Memastikan semua terimaan telah dimasukkan  ke dalam bank.
                      4.      Menyedia  dan  menyelenggara  Buku  Tunai  Kerajaan,  Buku  Tunai  Asrama,
                              Buku Vot, SUWA dan Panjar Wang Runcit.
                      5.      Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Vot, Buku
                              Tunai   Kerajaan, SUWA  Asrama dan Panjar Wang Runcit.
                      6.      Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran BPTV dan JPNS.
                      7.      Memastikan  segala  penerimaan  dan  perbelanjaan  mengikut  arahan
                              perbendaharaan.
                      8.      Melakukan pemeriksaan mengejut terhadap dokumen kewangan seprti yang
                              ditetapkan dalam mesyuarat
                      9.      Merekod dan mengemas kini segala perbelanjaan yang dilakukan.
                      10.     Memastikan segala butiran perbelanjaan adalah benar.
                      11.     Menghantar laporan kewangan kepada Pusat Tanggungjawab seperti mana
                              yang telah ditetapkan.
                      12.     Menyemak prestasi perbelanjaan bagi setiap unit
                      13.     Mengadakan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan
                      14.     Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
                              oleh Pengetua dari semasa ke semasa


                4.3     JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET


                       FUNGSI JAWATANKUASA :

                       1.     Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
                              Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD berkaitan pengurusan aset
                       2.     Semua penerimaan dan pembelian hendaklah direkodkan dalam Kad Harta
                              Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
                       3.     Mengurus  semua  harta benda  sekolah  yang  hendak  dihapus kira mengikut
                              peraturan.
                       4.     Melaporan kedudukan aset setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa Aset
                       5.     Memastikan sistem inventori dilaksanakan.
                       6.     Memastikan semakan inventori dibuat 3 kali setiap tahun.
                       7.     Mengurus  semua  harta  modal  termasuk  membaiki  dan  menyelenggarakan
                              apabila perlu.
                       8.     Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.
                       9.     Menetapkan  dan  melaksanakan  peraturan-peraturan  menjaga  keselamatan
                              perabot  dan  harta  benda  sekolah  serta  jenis  denda  yang  akan  dikenakan
                              kepada murid.
                       10.    Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau diarahkan
                              oleh Pengetua dari semasa ke semasa


                                                            54
                                               _________________________
                                                Teknologi Asas Kemajuan
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66