Page 66 - 5_6125327253401239595
P. 66
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
Menyelia kerja yang dilaksanakan kontraktor, kontraktor kebersihan
dan pengawal keselamatan.
Memeriksa,menguji dan selenggara ringan sistem bekalan elektrik.
Menjalankan ujilari sistem alat untuk semua makmal dan bengkel.
Memeriksa / menguji dan memastikan semua alat pemadam api.
Memeriksa / menguji paip bomba.
Memeriksa / menguji sistem amaran kebakaran.
Menyediakan spesifikasi dan anggaran kos untuk kerja
penyelenggaraan.
Menyediakan spesifikasi alat,mesin,perabot atau perkhidmatan
Menyediakan pelan - pelan utama untuk tujuan pengubahsuaian /
penyelenggaraan.
Menyelia kerja-kerja yang dilaksanakan kontraktor.
Memeriksa / menguji sistem PABX.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
5. PEMBANTU MAKMAL
A. SENARAI TUGAS UMUM
Menyediakan alat-alat dan bahan untuk keperluan amali sains.
Membantu guru-guru sains semasa ujikaji dijalankan.
Bertanggungjawab keatas Makmal Sains.
Mengawal Keselamatan Makmal Sains.
Memastikan Alat Pemadam Api dalam keadaan baik dan boleh
digunakan.
Menyediakan borang pesanan bagi keperluan makmal sains.
Merekod stok terimaan alat - alat dan bahan makmal sains.
Mengemas dan menyimpan barang atau peralatan ke tempat asal
selepas digunakan.
Memastikan peralatan tidak dibawa keluar dari Makmal Sains.
Memastikan semua suis lampu, kipas angin, paip gas dan paip air
ditutup selepas digunakan.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
6. JURUTEKNIK KOMPUTER
A. SENARAI TUGAS UMUM
PENGURUSAN ICT SEKOLAH
Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan peralatan ICT yang rosak
seperti kerosakan perkakasan utama, komponen -komponen dan
aksesori yang lain.
Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk
mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal,
membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
Membantu menguruskan semua hal-hal berkaitan dengan aduan
kerosakan peralatan ICT di sekolah.
59
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan