Page 67 - 5_6125327253401239595
P. 67
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan
pendaftaran serta mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi
peralatan ICT di sekolah.
Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan proses
pelupusan aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah.
Membantu Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan
membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran ( PdP ).
Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk
pengurusan sekolah.
Membantu menyedia, mengurus serta mengemaskini semua fail - fail
ICT di sekolah.
Sebagai pegawai yang dilantik dalam menguruskan e-mel 1GOVUC.
Membantu pihak pengurusan sekolah dalam mengemaskini laman web
rasmi / blog sekolah.
PENGURUSAN PERKAKASAN/PERISIAN & KESELAMATAN ICT
Membantu dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti
pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi dan sistem online
dan sebagainya.
Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di
peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan
yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah
ditetapkan oleh KPM / JPN / PPD / Sekolah serta MAMPU.
Membantu dalam pengurusan 1GFMAS bagi sekolah PTJ.
Membantu menguruskan serta merekod semua maklumat sistem
online serta perisian yang diterima oleh pihak sekolah
Membantu Guru Penyelaras Bestari ( GPB ) dalam menguruskan
laman VLE Frog.
PENGURUSAN RANGKAIAN
Membantu, memantau dan menyelia rangkaian 1BestariNet.
Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian 1BestariNet di
sekolah.
Membantu, mengurus dan menyelaras pembahagian Alamat IP ( IP
Address ) , ZOOM, Router, Access Point, Switch, VPN dan
sebagainya.
Membantu menyelia serta memantau rangkaian Local Area Network (
LAN ) di sekolah.
LAIN-LAIN
Menjadi pegawai sumber Help - desk dan 1st Level Support di sekolah.
Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan ICT yang
diarahkan dari masa ke semasa.
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
7. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
A. SENARAI TUGAS UMUM
60
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan