Page 72 - 5_6125327253401239595
P. 72
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
1. GURU DATA
A. SENARAI TUGAS UMUM
Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum
seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar / Pengetua ( PGB ).
Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat
sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah ( Gabungan ) dan
sekolah dan lainlain agensi kerajaan.
Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi
seperti EMIS, iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan,
penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran
data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual
yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
I. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
II. Murid seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
III. Staf bukan guru;
IV. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
V. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan
maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid ( SMM ),
Sistem Salah Laku Disiplin Murid ( SSDM ), KWAMP, Peperiksaan,
Asrama, Kokurikulum, Buku Teks dan Sistem Pangkalan Data Murid.
Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer;
namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh
Penyelaras IT.
Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan
maklumat peringkat sekolah bagi Sistem Pangkalan Data Murid.
Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan
maklumat peringkat sekolah.
Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran
Sekolah ( JMPS ).
Melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat atau
diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa
B. TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA
PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH ( JPMS )
Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang
disediakan setelah disemak, dan ditentu sah bagi menghasilkan data
dan maklumat yang berkualiti, sahih dan menepati masa.
Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah
(pengantara) dalam rangkaian maklumat antara sekolah, PPD, JPN
dan KPM.
Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat
sekolah.
Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari,
April, Jun dan Oktober ( kutipan perdana ) iaitu sebelum data EMIS
Online dimuat turun oleh PPD / JPN / KPM.
65
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan