Page 59 - 5_6125327253401239595
P. 59
Buku Panduan Pengurusan 2019
SM Teknik Tuanku Ja’afar
5. GURU KANAN MATA PELAJARAN
A. SENARAI TUGAS
Kurikulum
Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan
Pelajaran Penggal, Mingguan, Harian dan lain-lain yang berkaitan
dengan bidangnya.
Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-
panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menentukan bahan dan sumber Pendidikan (BBM) digunakan dan
diselenggarakan dengan berkesan.
Membantu serta membimbing guru-guru pelatih dalam latihan
mengajar, guru-guru baru dan guru-guru sandaran semasa
menjalankan tugas mereka.
Mengkaji semua jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta
mengambil tindakan sewajarnya.
Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti akademik yang
telah dirancangkan.
Membantu di dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan
kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan-bahan PSS, alat
pandang dengar dan lain-lain bahan sumber Pendidikan.
Menganggotai Majlis Kurikulum Sekolah dan lain-lain jawatankuasa
yang diarahkan oleh Pengetua.
Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan
di sekolah di dalam konteks perkembangan staf.
Mendapatkan dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru
mengenai pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kepada guru-guru.
Mengenalpasti masalah-masalah kelemahan murid serta masalah
disiplin dan mencari langkah-langkah mengatasinya.
Kokurikulum
Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan
kokurikulum yang bersifat akademik yang boleh membantu
meningkatkan kecemerlangan akademik berkaitan dengan bidangnya.
Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang
berkaitan dengan bidangnya.
Pentadbiran Dan Pengurusan
Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata
pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan
untuk guru-guru.
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau
maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan
bidangnya.
Membantu merancang takwim sekolah.
52
_________________________
Teknologi Asas Kemajuan