Page 10 - FlipBook Inovasi Kebangsaan (1)
P. 10
• Semasa menjalani larian, individu akan menentukan kelajuan
mengikut keadaan dan kemampuan diri sendiri.
• Menekankan aspek pecutan di mana atlet dikehendaki melakukan
larian pecut bertempo pada kadar tertentu.
• Merupakan satu latihan aerobik kerana ia melibatkan pengeluaran
ATP daripada pelbagai bahan bakar dengan menggunakan oksigen.
• Sesuai digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobik para atlet
atau para pemain di samping membina kadar kepantasan sebagai
salah satu prasyarat dalam pembinaan kuasa eksplosif.