Page 282 - rise 2017
P. 282

Nor  Fadila  &  Dzufi  Iszura  (2011)  menyatakan  keluarga  dan  rakan  sebaya  juga  membantu  dalam
             menimbulkan keinginan pelajar untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Ini kerana, keluarga
             memainkan  peranan  yang  penting  untuk  membentuk  personaliti seseorang  (Azizi  Yahaya  dan    Sharin
             Hashim 2007).
                  Manakala bagi persoalan kajian yang ketiga pula skor min keseluruhan ialah 4.34. Hasil kajian
             ini membuktikan penerapan budaya keusahawanan perlu dimulakan dari awal dan dipergiatkan dari masa
             kesemasa  dengan  mengadakan   program-program  dan  kempen-kempen    keusahawanan untuk  menarik
             minat golongan muda terhadap bidang keusahawanan.
             Menurut Kamarulzaman Ismail dan Amaludin Ab. Rahman (2009) budaya keusahawanan individu boleh
             diasuh dan dididik. Oleh itu, pendidikan awal ilmu keusahawanan dan perniagan kepada pelajar bermula
             pada  alam  sekolah  adalah  salah  satu  strategi  yang  boleh  digunakan  untuk  memantapkan  budaya
             keusahawanan.  Ini  dikuatkan  lagi  dengan  kenyataan  Solesvik  M.  Z.  (2013)  pelajar  yang  mempelajari
             pengajian keusahawanan akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi usahawan.
             Bagi mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih baik, dicadangkan supaya penyelidik dapat meluaskan
             lagi pengambilan sampel kepada politeknik lain. Menilai semula kurikulum di sekolah-sekolah dan pusat
             pengajian tinggi supaya ianya dapat memberi keutamaan kepada penjanaan budaya keusahawanan yang
             menepati ciri-ciri, nilai, disiplin usahawan yang sebenarnya.
                  Hasil  daripada  kajian  mendapati  minat  pelajar  terhadap  bidang  keusahawanan  sebagai  satu
             kerjaya telah mencapai objektif yang ditetapkan di mana secara keseluruhannya pelajar mempunyai ciri-
             ciri  untuk  menjadi  seorang  usahawan  dan  ciri-ciri  ini  perlu  disokong  dengan  kempen-kempen  dan
             aktiviti-aktiviti  keusahawanan  pada  peringkat  sekolah    mahupun  pendidikan  tinggi.  Faktor  dorongan
             kejayaan  orang  lain  yang  mempengaruhi  pemilihan kerjaya  sebagai  usahawan merupakan  faktor  yang
             paling  tinggi  mempengaruhi  diikuti  ingin  menawarkan  khidmat  kepada  masyarakat  dan  dorongan
             daripada  keluarga  dan  rakan  sebaya.  Memantapkan  lagi  strategi  keusahawan  juga  perlu  dilaksanakan
             bermula dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi juga perlu ditambahbaik.  Secara kesimpulannya
             semua  pihak  perlu  berusaha  untuk  meningkatkan  kesedaran  terhadap  budaya  keusahawanan  dalam
             kalangan masyarakat terutamanya para graduan.

             Rujukan
             Abdul  Said  Ambotang  (2012).  Pedidiklan  Keusahawanan  Dalam  Kalangan  Pelajar:  Persfektif  dan
             Cabaran, Utusan Borneo
             Azizul Osman (15/6/2013) 51, 835 Graduan 2012 Masih Lagi Menganggur. Utusan Malaysia.
             Krejeie,  R.  V.  dan  Morgan,  D.  W.  (1970).  Determining  Sample  Size  for  Research.  Educational  and
             Psychological Measurement. 207 -210.
             Kamarulzaman Ismail dan Awaludin Ab Rahman (2009). Kajian Tentang Budaya Keusahawanan Dalam
             Kalangan Belia.
             Mohd  Najib  Abdul  Ghaffar  (1999).  Penyelidikan  Pendidikan.  Skudai:  Penerbit  Universiti  Teknologi
             Malaysia.
             Nanthakumar  Loganathan  &  Hamka  Ismail.  (2008).  Jangkaan  upah  di  kalangan  mahasiswa  institut
             pengajian tinggi awam. Dlm. Yahaya Ibrahim & Abd. Hair Awang. Pembangunan Modal Insan: Isu Dan
             Cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 121-132.
             Nor Aishah Bt Buang  Dan Yufiza Yusof (2006). Faktor-Faktor Motivasi Yang Mendorong Kontraktor
             Kelas F Memilih Untuk Menjadi Usahawan. Jurnal Pendidikan
             Nor  Aishah  Bt  Buang  (2008).  Kajian  Keperluan  Pendidikan  Keusahawanan  Secara  Formal  Dalam
             Kalangan  Pelajar  Fakulti  Kejuruteraan  dan  Alam  Bina  dan  Fakulti  Pendidikan,  UKM,  Fakulti
             Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
             Norani Mohd Noor & Norisham A. Rahim (2011), Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran
             Mara  (IKM)  Johor  Bahru  Tehadap  Bidang  Keusahawanan,  Fakulti  Pendidikan.  Universiti  Teknologi
             Malaysia
             Norasidah  hashim,  Norasmah  Othman,  Noraishah  Buang  (2009).  Konsep  Kesediaan  Keusahawanan
             Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil Dan Sederhan (IKS) Di Malaysia. Jurnal Pendidikan
             Malaysia
             Norasmah  and  Harun,  Halimah  (2007)  Keusahawanan  remaja  Malaysia.  Penerbit  Universiti  Putra
             Malaysia, Serdang, Selangor.
   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287