Page 278 - rise 2017
P. 278
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Soalan struktur akan digunakan untuk
mengumpul data yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu : (i) Bahagian A. - Maklumat peribadi responden,
(ii) Bahagian B - Mengandungi soalan mengenai ciri-ciri keusahawanan yang mendorong minat pelajar
dalam bidang keusahawanan , serta faktor-faktor yang mendorong pelajar di dalam membuat pemilihan
kerjaya sebagai usahawanan, dan (iii) Bahagian C – Mengandungi soalan berkaitan dengan strategi yang
perlu dilaksanakan bagi memantapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Item-item soal
selidik menggunakan skala Likert 5 Markat dengan skor (1) Sangat tidak setuju, (2) Tidak setuju, (3)
Kurang setuju, (4) Setuju dan (5) Sangat setuju. Bagi pengiraan maklumat profil responden, statistik
deskriptif (peratus dan kekerapan).
Kajian Rintis
Nilai kebolehpercayaan, ‘Alpha Cronbach’ yang diperolehi bagi ciri-ciri keusahawanan yang terdapat
pada pelajar ialah 0.816. Bagi kecenderungan kerjaya pula mempunyai nilai 0.905.’ Alpha Cronbach’
bagi strategi memantapkan budaya keusahawanan memperolehi nilai sebanyak 0.885. Secara
keseluruhannya nilai kebolehpercayaan ‘Alpha Cronbach’ yang diperolehi adalah 0.941. Menurut
George dan Malley (1995) nilai alpha melebihi 0.7 menunjukkan bahawa instrumen kajian boleh diterima
pakai dan tidak perlu diperbaiki.
Tatacara Penganalisaan Data
Kaedah analisis tertumpu kepada penggunaan statistik deskriptif yang mengandungi kekerapan, peratusan
dan skor min. Ini dapat digambarkan sekiranya nilai min berada di antara 1 hingga 1.89, mempunyai
tahap kompetensi yang sangat rendah. Jika 1.90 hingga 2.69, tahap kompetensi yang rendah. Sekiranya
nilai minnya berada di antara 2.70 hingga 3.49, tahap kompetensi yang sederhana. Manakala jika nilai
minnya berada di antara 3.50 hingga 4.29, kumpulan tersebut di anggap mempunyai tahap kompetensi
yang tinggi dan seterusnya jika nilai minnya berada di antara 4.30 hingga 5.00, kumpulan tersebut di
anggap mempunyai tahap kompetensi yang sangat tinggi.
Dapatan kajian
Merujuk kepada jadual sampel oleh Kerjcie and Morgan’s (1970), seramai 512 orang pelajar dari
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan Politeknik Nilai telah dipilih sebagai sampel kajian.
Walaubagaimanapun 504 sampel sahaja yang berjaya dikutip semula. Jadual 1 menunjukkan profil
responden.
Jadual 1: Profil Responden Kajian
Item Kekerapan Peratus
Jantina
Lelaki 225 44.64
Perempuan 279 55.36
Semester Pengajian
Semester 5 217 43.06
Semester 6 287 56.94
Kerjaya Ahli Keluarga
Makan Gaji 294 58.33
Berniaga Sendiri 210 41.67
Jadual 2: Ciri-ciri Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar
Bil Faktor-faktor Skor Min Tafsiran
1. Saya seorang yang suka merancang sebelum 4.26 Tinggi