Page 273 - rise 2017
P. 273

Analisis deskriptif menggunakan nilai min dibuat berdasarkan lima kategori gaya pembelajaran seperti
             yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran kategori psikologikal
             lebih dominan berbanding dengan kategori yang lain dengan nilai min yang tertinggi.

             Jadual 1 Min dan sisihan piawai bagi gaya pembelajaran
              Gaya Pembelajaran                     Min               Sisihan Piawai
              Psikologikal                          3.89                  0.55
              Emosional                             3.83                  0.32
              Sosiologikal                          3.75                  0.67
              Fizikal                               3.66                  0.44
              Persekitaran                          3.30                  0.42


             Persoalan Kajian 2: Menentukan hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik
             pelajar

             Jadual  2  menunjukkan  hubungan  di  antara  gaya  pembelajaran  dengan  pencapaian  akademik  pelajar.
             Didapati  bahawa  gaya  pembelajaran  psikologikal  mencatat  nilai  p=0.775  dan  ini  bermakna  tiada
             hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran psikologikal dengan pencapaian akademik. Nilai
             korelasi  mencatat  r=0.022  dan  ini  menunjukkan  hubungan  yang  boleh  diabaikan  di  antara  kedua-dua
             pembolehubah berdasarkan skala kekuatan korelasi oleh Davis [19]. Keputusan daripada hasil kajian juga
             mendapati  bahawa  tiada  hubungan  yang  signifikan  di  antara  gaya  pembelajaran  emosional  (p=0.151),
             fizikal  (p=0.865)  dan  persekitaran  (p=0.280)  dengan  nilai  korelasi  adalah  negatif.  Kekuatan  perkaitan
             bagi gaya pembelajaran tersebut dengan pencapaian akademik pelajar adalah songsang. Berlainan pula
             dengan  gaya  pembelajaran  sosiologikal  mencatat  nilai  signifikan  p=0.000  dan  ini  bermakna  terdapat
             hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran sosiologikal dengan pencapaian akademik pelajar
             dengan tahap signifikan p<0.05. Namun, kekuatan perkaitan bagi gaya pembelajaran sosiologikal dengan
             pencapaian akademik pelajar juga songsang.

             Jadual 2 Pekali korelasi gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik
              Gaya Pembelajaran                      r                     p
              Psikologikal                          0.022                0.775
              Emosional                            -0.110                0.151
              Sosiologikal                         -0.354                0.000
              Fizikal                              -0.013                0.865
              Persekitaran                         -0.083                0.280

             Perbincangan dan Kesimpulan
             Berdasarkan  hasil  dapatan  yang  diperolehi,  gaya  pembelajaran  yang  dominan  dalam  kalangan  pelajar
             ialah gaya pembelajaran psikologikal. Pelajar mahukan sesuatu tugasan yang diberikan kepada mereka
             dijelaskan  secara  terperinci.  Selain  itu  mereka  juga  lebih  suka  kepada  ujian  objektif  kerana  tidak
             memerlukan pemikiran yang mendalam. Jawapan yang ada dalam soalan objektif membantu merangsang
             ingatan dalam pemilihan jawapan. Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian Marzalina
             Mansor  [15]  yang  menunjukkan  bahawa  pelajar  lebih  cenderung  mengamalkan  gaya  pembelajaran
             psikologikal. Walau bagaimanapun dapatan ini berbeza dengan kajian yang telah dilakukan oleh Baharin
             Abu et al. [16] ke atas pelajar Universiti Teknologi Malaysia dimana kategori emosional adalah paling
             dominan.
                  Manakala  gaya  pembelajaran  emosional  mencatatkan  nilai  min  yang  kedua  tertinggi.  Pelajar
             berasa  gembira  sekiranya  mendapat  markah  atau  gred  yang  baik.  Ini  mendorong  menaikkan  motivasi
             dalam diri mereka untuk berusaha dengan lebih tekun bagi mencapai kejayaan. Namun begitu mereka
             tidak  gembira  sekiranya  tiada  sesiapapun  yang  mengambil  berat  dengan  pencapaian  mereka  dalam
             pembelajaran. Kategori sosiologikal pula berada di tempat ketiga dimana pelajar menyatakan kadangkala
             mereka  suka  bersendirian  semasa  belajar  dan  kadangkala  suka  bersama  kawan-kawan  apabila
   268   269   270   271   272   273   274   275   276   277   278