Page 269 - rise 2017
P. 269

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Diploma
                               Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan Di Polimas


                                   Nur Ashikin Lakman & Norliza Md Yusof

                              1 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah

                                        nashikinlakman@gmail.com

                                               Abstrak
             Kajian  ini  dijalankan  bagi  mengenal  pasti  hubungan  gaya  pembelajaran  dengan  pencapaian  akademik
             pelajar dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB), Politeknik Sultan
             Abdul Halim Mua’adzam Shah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata
             mengikut gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn. Seramai 192 pelajar DPB terlibat dalam kajian ini.
             Pembolehubah  yang  dikaji  ialah  lima  kategori  gaya  pembelajaran  iaitu  persekitaran,  emosional,
             sosiologikal, fizikal dan psikologikal mengikut pencapaian akademik pelajar. Penganalisaan data dibuat
             dengan  menggunakan  perisian  Statistic  Package  for  Social  Science  (SPSS)  versi  22.0  secara  statistik
             deskriptif  dan  inferensi  yang  melibatkan  Ujian  Korelasi  Pearson  pada  aras  signifikan  0.05.  Dapatan
             kajian  mendapati  gaya  pembelajaran  kategori  psikologikal  (M=3.89)  lebih  dominan  diamalkan  oleh
             responden  diikuti  kategori  emosional  (M=3.83),  sosiologikal  (M=3.75),  fizikal  (M=3.66)  dan
             persekitaran (M=3.30). Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan di antara
             gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.
             Kata Kunci: Gaya pembelajaran, Pencapaian Akademik, Model Dunn dan Dunn


             Pengenalan
             Gaya pembelajaran dilihat sebagai salah satu elemen utama yang boleh mempengaruhi keberkesanan dan
             kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Mustafa [1] menyatakan memahami gaya
             pembelajaran  dan  mengakui  hakikat  bahawa  setiap  pelajar  mempunyai  gaya  tersendiri  dalam
             mempelajari sesuatu boleh membantu dalam memahami isu ini. Manakala, menurut McKeachie [2], gaya
             pembelajaran merujuk kepada cara tersendiri seseorang itu belajar dan memperolehi pengetahuan. Kajian
             oleh  Bass  &  Greary  [3]  pula  merumuskan  bahawa  salah  satu  cara  penentuan kecekapan  atau  prestasi
             seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya.
                  Penggunaan  kaedah  atau  gaya  pembelajaran  dapat  membantu  seseorang  mengetahui  dan
             memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran yang dimiliki
             juga  dapat  membantu  seseorang  untuk  mengenal  pasti  situasi  pembelajaran  dan  mempertingkatkan
             prestasi pembelajaran [4]. Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya
             akan  lebih  mudah  membantu  mereka  mencapai  keputusan  yang  lebih  cemerlang.  Klavas  [5]  dalam
             kajiannya mendapati setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya telah
             mendapat keputusan lebih cemerlang. Kenyataan ini turut disokong dengan kajian yang dijalankan oleh
             Cassidy & Eachus [6] yang menyatakan bahawa penggunaan gaya pembelajaran yang berkesan boleh
             membantu memperolehi keputusan yang cemerlang.

             Permasalahan Kajian
             Pelajar merupakan golongan yang menjadi harapan negara untuk meneruskan kecemerlangan pada masa
             akan  datang.  Kecemerlangan  hanya  akan  dapat  dicapai  oleh  para  pelajar  sekiranya  mengamalkan
             pembelajaran  yang  bersesuaian.  Sebaliknya,  gaya  pembelajaran  yang  tidak  bersesuaian  dan  tidak
             berkesan semasa pembelajaran sudah pasti akan menyebabkan pencapaian akademik yang rendah. Dunn
             & Dunn [7] menyatakan bahawa kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka
             boleh belajar sebarang matapelajaran sekiranya pembelajaran itu menekankan kepada gaya yang mereka
             gemari.  Felder  &  Silverman  [8]  pula  mengatakan  bahawa  gaya  pembelajaran  setiap  pelajar  adalah
             berbeza begitu juga dengan pengajaran guru yang berbeza. Menurut Dorris (1993) dalam Ahmad Johari
             Sihes  &  Safiah  Ahmad  [9],  beliau  berpendapat  bahawa  setiap  pelajar  perlu  diuji  dari  segi  gaya
             pembelajarannya  kerana  ia  akan  memberi  kesan  kepada  pencapaian  akademik.  Justeru  itu,  kajian  ini
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274