Page 268 - rise 2017
P. 268

Selain itu juga, faktor motivasi pengguna turut meningkat apabila aplikasi yang digunakan dapat
             memberi  kepuasan  kepada  pengguna.  Guru  novis  dan  guru  pelatih  sangat  memerlukan  sokongan  dan
             panduan  dari  guru  berpengalaman  serta  bahan  rujukan  untuk  meningkatkan  motivasi  dan  tahap
             profesionalisme mereka dalam bidang pendidikan perguruan.

             Kesimpulan
             Data  menunjukkan  bahawa  pelajar  menyatakan  harapan  supaya  pembangunan  bahan  pembelajaran
             berasaskan m-Pembelajaran untuk subjek ELT Methodology for Students with Disabilities terhasil kerana
             ia bakal meningkatkan kebolehan mengakses rangkaian maklumat dan membolehkan pelajar melibatkan
             diri dalam aktiviti pembelajaran dari pelbagai lokasi fizikal. Pembelajaran secara tidak langsung boleh
             berlaku di mana mana tanpa mengira waktu dan tempat. Keadaan ini menbantu menghapuskan formaliti
             pengalaman pembelajaran yang sedia ada iaitu berada di dalam kelas. Selain itu pelajar menjangkakan
             bahawa penyampaian kandungan pembelajaran akan menjadi cepat, lebih menarik dan membantu pelajar
             fokus untuk tempoh yang lebih lama. m-Pembelajaran juga dijangkakan dapat menyokong kerja projek
             yang berasaskan kerja kumpulan. Secara tidak langsung, pelajar yang enggan terlibat secra aktif di dalam
             kelas turut serta melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
                  Pelajar era digital suka akan persekitaran pembelajaran yang lebih fleksibel, yang membolehkan
             mereka  belajar  pada  bila-bila  masa  dan  di  mana-mana  sahaja  mengikut  kehendak  masing-masing.
             Aplikasi  teknologi  mudah  alih  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  membolehkan  satu  anjakan
             paradigma daripada perisian kursus pendidikan yang mempunyai aplikasi dan interaksi pelajar terbatas
             kepada  suatu  bentuk  pembelajaran  yang  mempunyai  potensi  besar  dalam  meningkatkan  dan
             memperkayakan  pengalaman  pembelajaran  dan  prestasi  pelajar.    Ini  memberi  gambaran  bahawa  m-
             Pembelajaran sesuai untuk mempertingkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Dalam erti kata lain, m-
             Pembelajaran  boleh  digunakan  sebagai  membantu  pelajar  dalam  pembelajaran  dan  bukannya  sebagai
             ganti kepada guru di kelas.
                  Bahan pembelajaran berasaskan m-Pembelajaran perlu dibangunkan bagi memenuhi keperluan
             pelajar.  Kaedah  pencarian  bahan  secara  konvensional  mengambil  masa  yang  lama  berbanding
             penggunaan teknologi maklumat. Bahan yang dicari menerusi teknologi boleh diakses tanpa had waktu
             dan  tempat.  Ini  amat  penting  supaya  pelajar  dapat  maklumat  terkini  berkenaan  kursus  yang  mereka
             ambil. Kekurangan bahan seperti modul dan buku berkenaan kursus atau sesuatu subjek ini mendorong
             kepada perlunya bahan pembelajaran berasaskan m-Pembelajaran.

             Rujukan
             Alsaadat, K. 2009. Mobile learning and university teaching. Paper presented at the International
                Confrence on Education and New learning technologies (EDULEARN09), Barcelona, Spain.
             Bouhnik, D. & Marcus, T. 2006. Interaction in distance learning courses. J. American Society
                Information Science  Technology. 57(3): 299-305.
             Desmond, K. 2002. m-learning: The cutting edge Powerpoint presentation. Ericcson Education 2002
                Dublin.
             Kambourakis,  G, Kontoni, D. P.N. & Sapounas, I. 2004. Introducing Attributes Certificates to Secure
                Distributed E Learning or M-Learning Services. Proceedings of the IASTED International
                Conference. Innsbruck, Australia.
             Mostakhdemin-Hosseini & Tuimala. 2005. Mobile learning framework. In Proceedings of the IADIS
                International Conference on Mobile Learning, Malta.
             O’Malley, C., Vovoula, ., Glew, J., Taylor, J., Sharples, M & Lefrere, P. 2003. Guidelines for
                learning/teaching/tutoring in a mobile environment. Mobile project deliverable.
             Prensky, M. 2001. Digital Natives, Digital Immigrants. On the Horizon,  9(5), 1-10.
             Trifonova, A dan M. Ronchetti. 2003. Where is moble learning going? Proceedings, World   Conference
                  on e-learning in corporate, government, healthcare & higher education. November  7-11.Phoenix,
                  AZ.
                                                        nd
             Yin, R.K. 1994. Case study research: Design and methods.2  Edition. Thousand Oaks, CA: Sage
                  Publications.
             Zoraini Wati Abas, and Lim , Tina Swee Kim and Cik Norazlina Mohamad, (2010) Engaging ODL
                  Learners through Mobile Learning at Open University Malaysia. In: 6th Pan-Commenwealth
                  Forum on Open Learning, 24th-28th November, 2010, Kochi, India.
   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273