Page 263 - rise 2017
P. 263

Objektif Kajian
             Meneroka persepsi terhadap pembangunan bahan pembelajaran berasaskan m-Pembelajaran bagi subjek
             ELT Methodology for Students with Disabilities

             Persoalan Kajian
             Apakah  persepsi  pelajar  terhadap  bahan  pembelajaran  berasaskan  m-Pembelajaran  bagi  subjek  ELT
             Methodology for Students with Disabilities?

             Literatur
             Bahagian  ini  membincangkan  sorotan  literatur  berkaitan  konsep  e-pembelajaran  dan  m-pembelajaran
             sebagai saranan untuk melihat keperluan pelajar kepada bahan pembelajaran berasaskan m-Pembelajaran.

             e-Pembelajaran
             Konsep  e-Pembelajaran  merangkumi  pelbagai  pembelajaran  berkonsepkan  ICT  antaranya  adalah
             pembelajaran atas talian (online learning), pembelajaran maya (virtual learning), pembelajaran berjarak
             (distributed learning), dan pembelajaran berasaskan laman web (web-based learning). Menerusi sorotan
             literatur, pelbagai definisi telah diberikan kepada e-Pembelajaran. Antaranya, Trifonova dan Ronchetti
             (2003) mendefinisikan e-Pembelajaran sebagai pembelajaran berbantukan teknologi dengan mempunyai
             dua mod yang menyokong pembelajaran. Mod yang pertama adalah pelajar secara fizikal berada pada
             tempat  yang  berbeza  dengan  pengajar  dan  keseluruhan  pembelajaran  dibantu  oleh  teknologi  sebagai
             perantaraan. Manakala, mod yang kedua pula menyokong pembelajaran tradisional seperti penyampaian
             nota  kuliah  secara  atas  talian  (online).  Manakala,  PKossiter  (2002)  mendefinisikan  e-Pembelajaran
             sebagai sebuah pembangunan pengetahuan dan kemahiran melalui penggunaan ICT untuk menyokong
             interaksi pembelajaran (interaksi antara isi kandungan pembelajaran, aktiviti pembelajaran dan pelajar
             lain). Secara amnya, e-Pembelajaran menyediakan satu persekitaran interaktif yang membolehkan pelajar
             berinteraksi sesama diri dan pelajar berinteraksi dengan pensyarah dengan berbantukan pelbagai alat-alat
             ICT  dan  aplikasi  yang  menyokongnya.    Terdapat  empat  kelebihan  e-Pembelajaran,  iaitu  pelajar
             mempunyai  kebebasan  mereka  sendiri  untuk  membuat  keputusan  masa  pembelajaran,  mengurangkan
             kekangan  masa  pensyarah,  pelajar  mempunyai  kebebasan  untuk  menyatakan  pendapat  dan  bertanya
             soalan tanpa batasan, dan pelajar mempunyai pilihan mereka sendiri untuk mengakses kursus dan bahan-
             bahan yang berkaitan (Bouhnik & Marcus, 2006).

             m-Pembelajaran
             m-Pembelajaran  dikenali  sebagai  m-Learning  atau  mobile  learning  merujuk  kepada  dua  aspek,  iaitu
             mobiliti pelajar dan mobiliti peranti. O’Malley et. al (2005)  pula menyatakan bahawa m-Pembelajaran
             melibatkan proses pembelajaran yang berlaku apabila individu tidak berada di sesuatu lokasi yang tetap
             atau  pembelajaran  yang  berlaku  apabila  pelajar  menggunakan  kemudahan  pembelajaran  dengan
             menggunakan teknologi mobil.
                  Alsaadat (2009) pula menyatakan bahawa, m-Pembelajaran merujuk kepada penggunaan peranti
             mobil sama ada pembantu peribadi digital (Personal Digital Assistant (PDA), telefon bimbit, komputer
             riba  dan  komputer  tablet  dalam  menyokong  pengajaran  dan  pembelajaran.  m-Pembelajaran  juga
             merupakan  satu  kaedah  penyampaian  pengajaran  menggunakan  aplikasi  elektronik  dan  pembelajaran
             mobile boleh dilakukan dengan bantuan komputer seperti komputer riba, tablet komputer, telefon pintar,
             Personal Digital Assistants (PDAs), Pocket PCs dan proses pembelajaran ini boleh berlaku di mana-mana
             dan bila-bila masa. Manakala, Kambourakis et al (2004) telah mendefinisikan m-Pembelajaran sebagai
             satu titik di mana mobil komputer dan e-Pembelajaran akan bertindan bagi menghasilkan pengalaman
             pembelajaran pada bila-bila masa dan tempat. Selain dari itu, Colazzo et al., (2003) menyatakan bahawa
             m-Pembelajaran sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkemungkinan dijalankan melalui
             peranti mobil atau dalam sebarang ketetapan mobil di mana aktiviti ini boleh dilaksanakan
                  m-Pembelajaran  juga  menawarkan  kelebihan  yang  dapat  membantu  proses  pengajaran  dan
             pembelajaran. Antara kelebihan m-Pembelajaran adalah: (1) membantu untuk meningkatkan literasi dan
             numerasi para pelajar dan mengenal pasti kebolehan mereka. (2) boleh digunakan untuk menggalakkan
             pembelajaran  kolaboratif  dan  pembelajaran  berbentuk  individu.  (3)  membantu  pelajar  mengenal  pasti
             kelemahan  mereka  yang  perlu  diberi  bantuan  dan  sokongan.  (4)  boleh  membantu  untuk  merapatkan
             jurang antara celik telefon bimbit dan celik ICT. (5) membantu untuk menghapuskan beberapa formaliti
   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268