Page 262 - rise 2017
P. 262

bahawa m-Pembelajaran bukanlah suatu pembelajaran menerusi telefon mudah alih atau pembelajaran
             secara internet tanpa wayar tetapi m-Pembelajaran merupakan satu evolusi kepada e-Pembelajaran, yang
             mana  ianya  melengkapkan  kekurangan  yang  terdapat  pada  e-Pembelajaran  sebelum  ini.  Oleh  itu,
             kebolehan sesuatu pembelajaran itu berlaku walaupun di mana pelajar itu berada ataupun ke mana sahaja
             arah tujuan mereka tanpa mengira waktu merupakan satu kelebihan yang ada pada m-Pembelajaran.


             Penyataan Masalah
             Pelajar literasi digital memberi satu cabaran kepada pihak Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Penggunaan
             pelbagai  gadget  terkini  menjadi  sebahagian  daripada  keperluan  hidup  mereka.  Hal  yang  demikian,
             mereka  tentu  sekali  mengharapkan  satu pendekatan pembelajaran  yang  berbeza  dengan  generasi  yang
             sebelumnya.  Perbezaan  ini  telah  menjadikan  wujudnya  satu  jurang  antara  keperluan  teknologi  pelajar
             dengan kemudahan prasarana pentadbiran IPT Jurang ini juga telah menyebabkan pemisahan pendidikan
             yang  ditawarkan  oleh  pihak  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  dengan  keperluan  sebenar  pelajar  digital.
             Sejurus itu, adalah penting bagi pihak IPG memahami keperluan teknologi pelajar bagi meningkatkan
             prestasi  dan  mutu  pengajaran  dan  pembelajaran.  Pihak  IPG    haruslah  mengikut  rentak  literasi  digital
             pelajar agar pendidikan dapat bergerak seiringan dengan gaya hidup mereka. Hal ini diharapkan dapat
             memenuhi keperluan pendidikan pelajar era digital.
                  Anjakan  teknologi  digital  menggesa  satu  penyelesaian  kehendak  pembelajaran  pelajar.
             Pendefinisian  semula  tugas  pendidikan  di  IPG  hendaklah  dilaksanakan.  Pelbagai  inovasi  ICT  telah
             dibangunkan oleh pihak IPG untuk kemudahan pelajar. Namun begitu, inovasi ini lebih tertumpu kepada
             penggunaan berasaskan komputer dan internet sahaja seperti sistem pengurusan pembelajaran (Learning
             Management System (LMS). Penggunaan teknologi mobil yang berfokus kepada m-Pembelajaran masih
             tidak dikaji dengan meluas dalam bidang pendidikan di negara kita khususnya di IPG. Hal ini berikutan
             mod pembelajaran ini masih lagi berada pada tahap pengenalan dan tidak digunakan dengan meluas. Hal
             yang  demikian,  pendidikan  negara  kita  haruslah  beranjak  ke  satu  paradigma  yang  lebih  bertepatan
             dengan era milenium yang serba moden. Evolusi teknologi haruslah dianggap sebagai satu rangsangan
             yang  boleh  menggerakkan  pendidikan  ke  arah  yang  lebih  positif.  Penggunaan  m-Pembelajaran  sudah
             sampai masanya diperkenalkan kepada pelajar.
                  Pihak  IPG  telah  membuat  pelaburan  yang  tinggi  di  dalam  bidang  teknologi  seperti  e-
             Pembelajaran, perkhidmatan web, dan LMS untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar bagi
             mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran mereka. Inovasi m-Pembelajaran juga turut berkeupayaan
             untuk membantu proses pembelajaran. Keupayaaan mod pembelajaran yang baru ini haruslah diambil
             kira sebagai kaedah yang boleh diaplikasikan di IPG. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kejayaan
             mahupun  kegagalan  m-Pembelajaran  masih  dalam  fasa  kajian.  Oleh  itu,  amatlah  bersesuaian  untuk
             mengkaji keberkesanan pembangunan perisian pendidikan berasaskan m-Pembelajaran sebagai satu titik
             tolak untuk mengembangkan penggunaan teknologi mobil dalam persekitaran pembelajaran pelajar.  Ini
             adalah penting supaya dapat membantu pihak IPG untuk mempertingkatkan polisi  dan melabur pada
             hala tuju yang tepat.
                  Sehubungan  dengan  itu,  kajian  ini  dijalankan  untuk  melihat  keperluan  membangunkan
             pembangunan  bahan  pembelajaran  berasaskan  m-pembelajaran  bagi  subjek  elektif  iaitu  kursus  ELT
             Methodology  for  Students  with  Disabilities  supaya  dapat  memenuhi  kehendak  Dasar  e-Pembelajaran
             Negara di samping mengisi ruang keperluan pembelajaran digital pelajar masa kini.  Hal yang demikian
             supaya bahan pembelajaran yang akan dibangunkan dapat memenuhi keperluan pembelajaran subjek ELT
             Methodology  for  Students  with  Disabilities  mengikut  spesifikasi  kurikulum  Institut  Pendidikan  Guru
             Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Ini  juga  bermakna,  bagi  menghasilkan  bahan  m-pembelajaran,
             elemen  yang  sesuai  untuk  diaplikasi  terhadap  pembelajaran  mobile  perlu  ditentukan  bagi  disesuaikan
             dengan persekitaran dan kehendak pelajar.

             Tujuan Kajian
             Kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  persepsi  pelajar  terhadap  bahan  pembelajaran  berasaskan  m-
             pembelajaran bagi subjek elektif iaitu ELT Methodology for Students with Disabilities.
   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266   267