Page 264 - rise 2017
P. 264
daripada pengalaman pembelajaran dan berkebolehan melibatkan pelajar yang enggan terlibat dalam
aktiviti pembelajaran. (6) membantu pelajar untuk kekal lebih fokus untuk tempoh yang lebih lama. (7)
membantu meningkatkan jati diri para pelajar. (8) Membantu meningkatkan keyakinan diri para pelajar.
Di negara ini, m-Pembelajaran masih lagi berada dalam fasa pengenalan. Kajian yang dijalankan
oleh Zoraini Wati et al. (2010) ke atas lebih 13,000 pelajar OUM telah mendaftar dalam sepuluh kursus
dan telah menggunakan m-Pembelajaran sebagai salah satu bentuk pembelajaran pada Mei 2009. Pelajar
yang terlibat dalam kajian ini menyatakan bahawa khidmat pesanan ringkas (SMS) telah membantu
mereka menguruskan pembelajaran mereka agar lebih baik dan membolehkan mereka memberikan
tumpuan kepada kursus yang diambil. Pelajar juga menyatakan bahawa m-Pembelajaran melalui SMS
adalah fleksibel, tepat pada masanya dan berkesan jika direka bentuk dengan betul. Mereka turut
menyusulkan bahawa m-Pembelajaran mungkin akan diaplikasikan oleh kebanyakan universiti.
Penggunaan m-Pembelajaran ini dijangka terus berkembang dan menjadi mod pembelajaran pilihan
kerana keupayaan untuk menyokong pembelajaran secara menyeluruh (Zoraini Wati et al., 2010).
Berdasarkan situasi pembelajaran di Malaysia pada masa ini, pengkaji mendapati adalah amat
bersesuaian sekiranya satu kajian analisis keperluan pembangunan bahan pembelajaran m-Pembelajaran
dijalankan supaya bahan pembelajaran yang akan dibangunkan benar-benar berasaskan kepada keperluan
belajar pelajar. Ini memandangkan kajian lepas mendapati pembelajaran seumpama ini telah menjadi satu
trend dan sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Metodologi
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan di sebuah institut pendidikan guru yang melibatkan
20 orang guru pelatih iaitu pelajar yang mengambil kursus elektif iaitu subjek ELT Methodology for
Students with Disabilities. Persoalan kajian dianalisis berdasarkan transkripsi temu bual ke atas 20 orang
peserta kajian tersebut.
Dapatan Kajian
Data kajian yang diperoleh terdiri daripada data kualitatif. Hasil dapatan kajian ini digunakan untuk
menjawab persoalan kajian seperti berikut :
Apakah persepsi pelajar terhadap keperluan bahan pembelajaran berasaskan m-Pembelajaran bagi
subjek elektif: ELT Methodology for Students with Disabilities?
Data untuk menjawab persoalan ini diperoleh daripada data temu bual daripada 20 orang pelajar yang
dianalisis secara manual dan dibentangkan dalam Jadual 1. Setiap tema didefinisikan berdasarkan
konteks kajian. Jadual 1 menjelaskan makna bagi setiap tema.
Jadual 1 Makna tema berdasarkan persepsi pelajar terhadap pembangunan bahan pembelajaran
berasaskan m-Pembelajaran
Tema Makna tema berdasarkan konteks kajian
Meningkatkan kebolehan Keupayaan dan kemudahan untuk mencari dan mencapai maklumat
mengakses rangkaian tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan
maklumat memperoleh maklumat daripada rangkaian maklumat secara aktif dan
efisien
Membolehkan pelajar Keupayaan pembelajaran aktif pelajar dari pelbagai lokasi fizikal yang
melibatkan diri dalam aktiviti berbeza
pembelajaran dari pelbagai
lokasi fizikal
Membolehkan penyampaian Keupayaan menyampai maklumat / kandungan pembelajaran tanpa
kandungan pembelajaran terikat julat masa atau jadual yang ditetapkan
dengan cepat
Menjadikan pengajaran dan Pengajaran berasaskan m-Pembelajaran menjadikan pengajaran lebih
pembelajaran lebih menarik menarik berbanding pengajaran secara konvensional
Membantu pelajar kekal lebih Pengajaran berasaskan m-Pembelajaran dapat meningkatkan fokus
fokus untuk tempoh yang pelajar untuk tempoh yang lebih lama terhadap kandungan