Page 267 - rise 2017
P. 267

Temubual1PK2

                  (PP/5) ..rasanya tumpuan belajar adalah lebih dengan m-Pembelajaran berbanding
                             pengajaran kelas biasa
                                                                            Temubual1PK5

                  (PP/5) ....dapat memberikan fokus lebih baik melalui m-Pembelajaran
                                                                            Temubual1PK6

                  (PP/5) ..m pembelajaran dapat menarik tumpuan pelajar terhadap isi pelajaran
                                                                            Temubual1PK7

             F) Perlu bagi menampung kekurangan bahan rujukan
                  (PP/6) Tiada buku nak baca..kena cari kat internet
                                                                            Temubual1PK1
                  (PP/6) mesti ada bahan dari web….susah cari buku
                                                                            Temubual1PK2
                  (PP/6) kalau bahan ada dari web…senang sikit sebab tiada modul nak rujuk
                                                                            Temubual1PK5
                  (PP/6) tak de buku..kena juga bahan mobile learning diadakan
                                                                            Temubual1PK6
                  (PP/6) m-Pengajaran perlu sebab kurang buku tentang kursus ni..
                                                                            Temubual1PK7

             Berdasarkan dapatan temu bual, dapatan menunjukkan bahawa peserta kajian memberikan maklum balas
             positif  terhadap  keperluan  pembangunan  bahan  pembelajaran  berasaskan  m-Pembelajaran.  Ini
             menunjukkan bahawa pembangunan bahan pembelajaran berasaskan m-Pembelajaran adalah sangat perlu
             untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dengan keupayaan meningkatkan kebolehan mengakses
             rangkaian maklumat. Selain itu, m-Pembelajaran berupaya  menjadikan pembelajaran bersifat koperatif
             dan  kolaboratif  dengan  lebih  aktif  dari  pelbagai  lokasi  fizikal  yang  berbeza.  Ini  membolehkan
             penyampaian maklumat pembelajaran dilaksanakan tanpa terikat julat masa atau dalam tempoh jadual
             yang  ditetapkan.  Pembelajaran  juga  menjadi  lebih  menarik  kerana  dapat  mengubah  pendekatan
             pembelajaran tradisional.

             Perbincangan
             Kajian ini mendapati bahawa pelajar menyatakan bahawa pembangunan bahan pembelajaran berasaskan
             m-Pembelajaran  adalah  perlu  kerana  m-Pembelajaran  berupaya  meningkatkan  carian  dan  capaian
             maklumat dalam pelbagai rangkaian maklumat secara aktif dan efisien. Bahan pembelajaran berasaskan
             m-Pembelajaran ini juga berupaya menyumbang pembelajaran kolaboratif dan koperatif pada jarak lokasi
             fizikal yang berbeza dan pelajar berupaya untuk belajar tanpa terikat dengan julat masa dan jadual. Ini
             menjadikan pembelajaran lebih menarik sekali gus mengubah pendekatan pembelajaran sedia ada. Mod
             pembelajaran ini juga berupaya merangsang minat dan tumpuan pelajar terhadap pelajaran.
                  Melalui  penggunaan  kaedah  m-pembelajaran,  proses  pembelajaran  bukan lagi  tertumpu  dalam
             satu platform atau hanya terhad di dalam sesebuah bilik darjah tetapi, m-pembelajaran lebih bercorakkan
             just-in-time,  just-in-case,  on-the-move  dan  on-demand.  Hal  ini  menunjukkan  bahawa  penggunaan  alat
             mudah alih lebih mudah menjadikan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan mana-mana tempat
             berbanding  dengan  penggunaan  buku  nota  yang  mudah  rosak  dan  tidak  bertahan  lama.  Keadaan  ini
             menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan m-Pembelajaran mempunyai kelebihan dari
             pendekatan pembelajaran yang bersifat konvensional.
                  Penerimaan  pelajar  terhadap  keperluan  pembangunan  bahan  pembelajaran  berasaskan  m-
             Pembelajaran ini juga berada pada tahap yang tinggi menunjukkan bahawa aplikasi mudah alih berjaya
             dibangunkan menepati keperluan guru dan pelajar. Tahap kepuasan pengguna akan meningkat apabila
             aplikasi mudah alih yang dihasilkan apabila bertepatan dengan keperluan kumpulan sasaran. Pengguna
             akan  berasa  gembira  dan  seronok  apabila  menggunakan  sesebuah  aplikasi  yang  mempunyai  ciri-ciri
             kebolehgunaan yang baik.
   262   263   264   265   266   267   268   269   270   271   272