Page 271 - rise 2017
P. 271
PERSEKITARAN Bunyi Cahaya Suhu Reka bentuk
EMOSIONAL Motivasi Kecekalan Tanggungjawab Struktur
Rakan
SOSIOLOGIKAL Kendiri Berkumpulan Dewasa Pelbagai
sebaya
Persepsi Makan
FIZIKAL Masa Mobiliti
indera minum
PSIKOLOGIKAL Analitik Global Otak kiri/kanan Refleksi diri Desakan
Rajah 1 Gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn (1978)
Berdasarkan kajian Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari Sihes [13]
mendapati hanya pola pembelajaran sosiologikal dan psikologikal sahaja yang mempunyai hubungan
yang signifikan dengan pencapaian akademik dimana nilai signifikan adalah 0.004 dan 0.009. Walau
bagaimanapun, kekuatan perhubungan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pola gaya pembelajaran hanya
berada pada kategori yang sangat lemah dan songsang.
Kajian oleh Low Xin Xin [14] mendapati bahawa kategori emosional merupakan gaya
pembelajaran yang paling dominan oleh pelajar yang mengambil matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di
Sekolah Menengah Sains Muar. Dapatan kajian menunjukkan motivasi yang diberi oleh keluarga,
ibubapa adalah penting untuk mendorong mereka berusaha lagi dalam pembelajarannya. Manakala
kategori yang kurang diutamakan oleh pelajar adalah kategori sosiologikal. Hasil kajiannya juga
mendapati pelajar lebih cenderung untuk belajar bersendirian berbanding dengan berkumpulan kerana
pelajar membazirkan masa.
Marzalina Mansor [15] telah menggunakan instrumen Dunn dan Dunn [12] untuk mengetahui
gaya pembelajaran subjek kajiannya. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa gaya pembelajaran
pelajar asing dalam mempelajari Bahasa Melayu ialah gaya pembelajaran berasaskan elemen psikologi,
iaitu pembelajaran reflektif. Kajian oleh Baharin Abu, Othman Md. Johan, Syed Mohd Shafeq Syed
Mansor & Haliza Jaffar [16] pula mendapati bahawa kebanyakan pelajar dari fakulti Pendidikan
mengamalkan gaya pembelajaran kategori emosional berbanding dengan kategori yang lain.
Rajah 2 adalah kerangka konsep kajian yang telah diadaptasi daripada teori Model Dunn dan
Dunn [12]. Terdapat lima kategori iaitu persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal.
Berdasarkan model ini, pengkaji mengkaji gaya pembelajaran yang dominan dan hubungan di antara
gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.